Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Kepimpinan Presiden Yaman Rashad al-Alimi di Riyadh bagi membincangkan kerjasama keselamatan maritim serta perkembangan keselamatan di Yaman.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jepun dan Yaman memperkukuh kerjasama keselamatan maritim menerusi pertemuan antara Menteri Luar Jepun, Toshi Mitsu Motegi dan Pengurusi Majlis Kepimpinan
00:10Presiden Yaman, Rashad Al-Alimi, di Riyad.
00:13Menurut agensi berita rasmi Yaman, perbincangan memberi tumpuan kepada keselamatan pelayaran dan kerjasama maritim di rantau Laut Merah.
00:23Dalam pertemuan tersebut, Rashad merakamkan penghargaan terhadap sokongan berterusan Jepun kepada Yaman khususnya dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan makanan dan
00:33pembangunan kapasiti institusi.
00:35Beliau berkata bantuan Tokyo merupakan pelaburan jangka panjang yang penting untuk rakyat Yaman dan usaha pemulihan negara itu.
00:42Menurut Rashad, Yaman turut berharap Jepun dapat memperluaskan bantuan kepada pengawal pantai Yaman melalui latihan, pengawasan maritim dan operasi peninjauan.
00:53Beliau berkata kerjasama itu juga boleh merangkumi operasi mencari dan menyelamat, usaha membanderas keganasan, penyeludupan serta jenayah terancang.
01:01Selain kerjasama dua hala, perbincangan turut menyentuh keadaan keselamatan di Yaman yang semakin mencabar.
01:06Rashad mendakwa kumpulan huti terus meningkatkan serangan termasuk terhadap infrastruktur awam, pelabuhan dan kapal perdagangan.
01:14Meluk beliau, tindakan tersebut menjejaskan keselamatan maritim di rantau Laut Merah dan mengancam laluan perdagangan antarabangsa yang penting kepada ekonomi
01:22global.
Comments

Recommended