00:00Cadangan menurunkan umur kelayakan senator daripada 30 kepada 25 tahun antara tiga usul yang dikemukakan golongan belia pada Persidangan Majlis
00:10Perundingan Belia Negara MPBN pada selasa.
00:13Usul itu meminta kerajaan meneliti keperluan meminda perlembagaan persekutuan sekaligus membuka lebih banyak ruang kepada golongan muda untuk terlibat dalam
00:23institusi Dewan Negara.
00:27Lebih penting satu nota berhubung isu-isu yang dibangkitkan sepanjang persidangan itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa
00:35terdekat.
00:36Kita akan melaksanakan dengan segera apa-apa juga perkara yang boleh kita membuat perubahan dengan kadar segera dan untuk kementerian
00:46-kementerian yang lain sudah pasti kita perlu bawa perkara ini
00:49dalam mesyuarat jawatan kuasa pembangunan belia, mesyuarat kabinet secara mingguan dan juga di peringkat tertinggi di Dewan Rakyat dan Dewan
01:01Negara insyaAllah.
01:02Dua lagi usul yang dibawa dalam persidangan itu ialah cadangan memperkenalkan had penggal berturut-turut bagi ahli parlimen bagi memperkukuh
01:10pembaharuan politik, accountability dan permajaan kepimpinan negara.
01:14Selain itu, golongan belia turut mencadangkan supaya penglibatan mereka dalam pembangunan tenaga nuklear diperkasa bagi menyokong jaminan keselamatan tenaga negara
01:23pada masa hadapan.
01:24Dalam pada itu, Muhammad Taufik berkata cadangan menaikkan had umur belia daripada 30 kepada 35 tahun memerlukan penelitian dan perbincangan
01:34lanjut berasaskan fakta serta data.
01:36Kalau fakta mengatakan bahawa lebih positif jika had umur belia ini kekal seperti hari ini, maka kita akan kekalkan.
01:44Tetapi kalau fakta dan data mengatakan sebaliknya, maka kita boleh review perkara tersebut.
01:49Namun, saya masih menghormati keputusan yang telahpun dibuat oleh kabinet dan diluluskan di dalam parlimen.
01:58Tetapi perkara ini perbincangan kita boleh berterusan.
02:03media yang hadir pada hari ini, Alhamdulillah kita...
Comments