Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Polis Pulau Pinang pada Selasa melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM13.6 juta membabitkan 2,436 kertas siasatan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Pulau Pinang pada selasa melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM13.6 juta
00:06membabitkan 2,436 kertas siasatan daripada Jabatan Siasatan Jenayah JSJ, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
00:18JSJK.
00:19Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Deniz Lim Kuang Kang berkata pelupusan itu melibatkan barang kes daripada kertas siasatan sejak 1997
00:28hingga awal tahun ini
00:29selepas semua kes berkaitan selesai dan perintah pelupusan dipolehi daripada pihak berkuasa.
00:38Katanya bagi JSJ, pelupusan melibatkan 271 kertas siasatan sejak 2019 hingga sekarang dengan anggaran nilai kira-kira RM800,000.
00:47Antara barang kes yang dilupuskan ialah 177 mesin Bitcoin, 2,080 botol arak, 1,183 karton rokok, 30 unit mesin
00:58simulator, 108 pencetak mudah alih dan 122 telefon bimbit.
01:03Deniz berkata barang kes JSJ itu turut merangkumi 26 eksibit berkaitan kontraban, 7 barang kes berkaitan Bitcoin serta 229 barang
01:13kes membabitkan kes perjudian.
01:15Beliau berkata bagi JSJ pula, pelupusan melibatkan barang kes daripada 2003 kertas siasatan sejak 1997 hingga awal tahun ini dengan
01:25nilai dianggarkan RM11.4 juta.
01:28Katanya barang kes itu merangkumi 1,995 kg dadah dan ketum 666 liter cecair berkaitan dadah serta 500 kg bahan
01:38dan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah.
01:40Antara dadah yang dilupuskan ialah heroin, kanabis, ketamin, metafetamin, pelbagai jenis pil dadah serta daun ketum.
01:49Bagi JSJK, Deniz berkata pelupusan membabitkan barang kes daripada 162 kertas siasatan bernilai kira-kira RM1.3 juta antaranya cakra
01:58padat video VCD dan video cakra digital DVD, poster, televisyen dan sistem audio.
02:05Beliau berkata barangan yang mempunyai komponen elektronik atau mengandungi bahan kimia akan diserahkan kepada syarikat bendaftar dengan Jabatan Alam Sekitar
02:13JAS untuk dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan.
02:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended