Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Thailand akan merombak secara menyeluruh sistem kawalan senjata api di negara itu, merangkumi aspek pengimportan, penjualan, pemilikan, pelesenan serta pengurusan amunisi, selain kerajaan mempergiat usaha mengekang pemilikan senjata api haram.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Thailand akan merombak secara menyeluruh sistem kawalan senjata api di negara itu merangkumi aspek penginputan, penjualan pemilikan pelisinan serta pengurusan
00:11amunisi selain kerajaan mempergiat usaha mengekang pemilikan senjata api haram.
00:16Timbalan Perdana Menteri Pakon Nilprapun berkata sistem sedia ada perlu dimodernkan sepenuhnya menerusi pemeriksaan lebih ketat, pengawasan lebih kukuh serta
00:29langkah-langkah untuk menutup kelompangan undang-undang sedia ada.
00:35Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri mengadakan perbincangan awal pada Isnin sebelum menyelaraskan tindakan susulan bersama majlis negara.
00:43Katanya sistem sedia ada yang bergantung kepada rekod manual menyukarkan usaha menjejak lisin dan menggesa pengenalan teknologi bagi mempercepat kelulusan
00:54serta memperkukuh pemantauan.
00:56Beliau turut memaklumkan tiada kelulusan baru bagi pemilikan senjata api akan dikeluarkan buat masa ini.
01:02Mengenai kedai senjata api, Pakon berkata peniaga mesti menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam penjualan senjata api dan membantu pihak
01:12berkuasa memastikan ia hanya dijual kepada individu yang layak.
01:16Beliau berkata penilaian kesihatan mental juga perlu dijadikan sebahagian daripada proses kawalan manakala penyeliaan pegawai yang bertanggungjawab mengawal selia senjata
01:27api mesti dipertingkatkan.
01:29Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan individu yang memiliki senjata api tanpa lisin supaya menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
01:39Langkah terbaru kerajaan untuk memperketat kawalan senjata api dibuat susulan siri insiden tembakan di Thailand termasuk kejadian tembakan maut di
01:48sebuah sekolah di Non Taburi awal bulan ini.
01:51Perdana Menteri Anutin Chan Virakul telah mengarahkan semakan semula peraturan senjata api dibuat dengan segera selain menggantung pengeluaran permit pembelian
02:01senjata api baru.
02:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended