Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan akan bertemu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden PKR itu yang kini melaksanakan tugas-tugas Timbalan Presiden parti berkenaan berkata perbincangan tersebut berkemungkinan berlaku selepas Ab Rauf pulang ke tanah air daripada lawatan kerja di New Zealand.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Siti Usia Pakatan Harapan PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan akan bertemu Ketua Menteri Melaka Datuk
00:09Seri Ibi Rauf Yusuf bagi membincangkan kerjasama dalam pilihan raya negeri PRN.
00:14Saifuddin berkata perbincangan mungkin diadakan selepas Ibi Rauf pulang ke tanah air selepas lawatan kerjanya di New Zealand.
00:23Saya dengan Ketua Menteri Melaka ini sahabat lama saya selalu berhubung. Sekarang pun dia dalam lawatan rasmi dia ke New
00:33Zealand, dia balik bila pun saya tahu, dia balik 11 hari bulan, dia pergi dengan siapa pun saya tahu.
00:38Kami sentiasa berhubung. Kalau ke Melaka saya mesti singgah rumah dia, makan asam pedas, mak lehar dengan dia. Kami sentiasa
00:45berhubung.
00:46Dalam perhubungan itu, kami berbincang pelbagai perkara. Oleh kerana Melaka ini dah dekat pilihan raya, kemungkinan kita akan membuka tajuk
00:55itu juga. Kemungkinanlah.
00:57Pada 8 Ogos lalu, Pengurusi Barisan Nasional BN, Datuk Seri Ahmad Zai Hamidi berkata gabungan itu masih membuka ruang perundingan
01:04berhubung pengagihan kerusi bagi PRN Melaka, termasuk pertukaran kawasan dengan syarat ia dibuat dengan jujur dan ikhlas.
01:11Jelasnya prinsip asas perundingan itu menetapkan perusi yang telah dimenangi mana-mana parti perlu dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja
01:20kepada rakan politik.
01:22Seselam pengumuman itu, Pengarah Komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadil berkata, keterbukaan berkenaan wajah disantuni demi masa depan serta kesabilan
01:31politik Melaka selain kepentingannya terhadap negara.
Comments

Recommended