00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JBPM akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan garis panduan keselamatan, pencegasan, pengecasan kenderaan elektrik EV
00:11di kediaman sesulan peningkatan penggunaan jenis kenderaan itu.
00:16Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nur Hisham Mohamad berkata garis panduan berkenaan penting kerana pemantauan JBPM terhadap pendawayan di kediaman adalah
00:24terhad, khususnya pendawayan selepas pemutus litar miniature MCB.
00:31Beliau berkata berdasarkan rekod dalam tempoh tiga tahun lepas, JBPM merekodkan kira-kira 25 kes kebakaran melibatkan kenderaan EV daripada
00:40empat kategori.
00:41Antara hipotesis yang sedang diteliti adalah kemungkinan kebakaran berpunca daripada kenderaan itu sendiri, pengecas, stesen pengecas atau pendawayan yang menghubungkan
00:50sistem berkenaan.
00:51Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hab Kemahiran Kebombaan di Ibu Negara pada Selasa.
00:58Bagaimanapun, Nur Hisham berkata jumlah kes kebakaran berkaitan kenderaan EV tidak menunjukkan peningkatan mendadak dari tahun ke tahun.
01:06Nur Hisham turut menasihkan pemilik EV yang memasang pengecas di rumah supaya menggunakan pengecas mematuhi piawayan keselamatan dan mendapatkan khidmat
01:14syarikat berdaftar serta bertahuliah bagi kerja pemasangan.
01:18Jelasnya, proses pengecas kenderaan EV biasanya mengambil masa 7 hingga 8 jam secara berterusan dan risiko kebakaran akibat masalah elektrik
01:26tetap ada.
Comments