Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tapak perniagaan di hadapan sebuah pusat beli-belah di bandar raya Melaka, Jumaat lepas.
Transcript
00:00Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tapak penegaan
00:10di hadapan sebuah pusat beli belah di Bandar Raya Melaka Jumat lepas.
00:14Ketua Polis Daerah Melaka Tengah SCP Halim Abbas berkata pihaknya mengesan video kejadian itu yang tular melalui Facebook kira-kira
00:218 pagi pada Senin.
00:25Katanya semakan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang di lokasi berkenaan.
00:30Satu laporan polis telah dibuat pada hari sama kira-kira 9.17 malam.
00:36Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tapak perniagaan.
00:43Halim berkata pengadu yang merupakan seorang wanita berusia 35 tahun bersama suaminya berusia 47 tahun hadir ke lokasi
00:51untuk berbincang dengan pihak terlibat.
00:54Namun perbincangan menjadi tegang sebelum seorang lelaki berusia 46 tahun menumbuk bahayan atas dahi suami pengadu sehingga menyebabkan berasa sakit.
01:03Turut berada di lokasi ialah seorang wanita berusia 45 tahun dan seorang lelaki berusia 35 tahun.
01:10Tiada sebarang kata-kata ugutan dikesan dan kedua-dua pihak kemudian beredar dari lokasi kejadian.
01:16Halim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 160 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
01:23Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan kandungan
01:27yang boleh mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.
01:31Katanya sebarang pertikaian wajar diselesaikan melalui saluran yang sewajarnya.
Comments

Recommended