Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jabatan Pendaftaran Negara memaklumkan penyedia perkhidmatan eKYC sedang mengemas kini sistem masing-masing bagi memastikan MyKad Generasi Baharu dapat digunakan dengan lancar dalam proses pengesahan identiti. Langkah itu diambil susulan kesukaran yang dialami sebahagian pengguna sejak pengeluaran rasmi kad baharu tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penyedia perkhidmatan elektronik Know Your Customer atau EKYC kini sedang mengemaskini sistem masing-masing bagi memastikan MyCard Generasi Baharu dapat
00:09digunakan dengan lancang dalam proses pengesahan identiti.
00:13Menurut Jabatan Pendaftaran Negara JPN, langkah itu diambil sesulan kesukaran yang dialami sebahagian pemilik MyCard Generasi Baharu ketika melakukan pengesahan
00:22identiti secara digital.
00:27Menurut JPN, beberapa sesi libat urus telah dan sedang dijalankan bersama agensi berkaitan dan penyedia perkhidmatan EKYC bagi menyelesaikan isu
00:37tersebut.
00:37Sementara menunggu proses kemas kini selesai, pengguna yang menghadapi kesukaran disarang mendapatkan kaedah pengesahan alternatif daripada institusi atau penyedia perkhidmatan
00:46masing-masing.
00:47JPN menjelaskan MyCard Generasi Baharu yang mula dikeluarkan secara rasmi pada 17 September lalu menampilkan penambahbaikan dari segi struktur, reka
00:56bentuk, teknologi dan ciri keselamatan bagi meningkatkan perlindungan identiti rakyat Malaysia.
01:01JPN menegaskan keutamanya adalah memastikan peralihan kepada MyCard Generasi Baharu berjalan lancar tanpa menjejaskan urusan rakyat.
01:09Agensi dan penyedia perkhidmatan EKYC yang memerlukan maklumat lanjut mengenai ciri-ciri MyCard Generasi Baharu boleh menghubungi JPN melalui email
01:17commonset at jpn.gov.my
Comments

Recommended