Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Pelapor Khas PBB Ben Saul memberi amaran bahawa serangan Amerika Syarikat terhadap bot yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pakar khas pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB memberi amaran bahawa serangan rakyat syarikat terhadap bot yang disyaki terlibat dalam
00:09penyeludupan dadah mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
00:12Ketusan khas PBB, Ben Saul berkata, terdapat asas munasabah untuk mempertikaikan kesahihan operasi tersebut.
00:21Menurut beliau, sekurang-kurangnya 223 individu terbunuh dalam serangan terhadap bot yang disyaki terlibat dengan penyeludupan dadah sejak September tahun
00:30lalu.
00:31Saul berpandangan penyeludupan dadah tidak boleh dianggap sebagai serangan bersenjata yang membenarkan tindakan ketenteraan atas dasar pertahanan diri.
00:40Beliau menegaskan suspek penyeludupan dadah wajar ditangani melalui tindakan penguatkuasaan undang-undang dan proses kehakiman.
00:47Saul turut menyatakan kebimbangan terhadap laporan berkaitan operasi rahsia di Meksiko yang didakwa melibatkan kumpulan jenayah terancang.
00:56Beliau mengingatkan bahawa sebarang operasi ketenteraan asing tanpa kebenaran boleh menjejaskan kedaulatan sesebuah negara.
01:04PBB kini menggesa siasatan bebas dilaksanakan bagi menilai kesahihan operasi berkenaan.
Comments

Recommended