- 3 minutes ago
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menjalankan kajian melibatkan 920 usahawan mikro dan mendapati 41% masih berada pada tahap perilaku kewangan lemah dan sangat lemah. Cabaran utama termasuk pengurusan aliran tunai, hutang, pengasingan akaun serta keyakinan dalam membuat keputusan kewangan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, bertemu kembali dalam niaga awal ini. Pada waktu ini kita ingin melihat kepada perusahaan mikro merupakan tulang belakang ekonomi
00:06Malaysia dan kita melihat sejauh mana pengurusan mikro ini benar-benar mengamalkan pengurusan keuangan yang sihat.
00:12Tadi kita melihat soal gaji. Hari ini kita ingin melihat bagaimana mereka menguruskan keuangan terutamanya kepada golongan ataupun mereka yang
00:19terlibat dalam PMKS.
00:20Dan satu kajian yang dilakukan oleh agensi kaunseling dan juga pengurusan kredit AKPK yang melibatkan 910 usahawan mikro di seluruh
00:28negara yang meledahkan satu realiti yang menarik untuk kita kupas pada waktu ini.
00:33Di mana kalau kita lihat walaupun ramai yang menyedari kepentingan pengurusan keuangan masih wujud jurang besar antara pengetahuan dan juga
00:40amalan sebenar bagaimana mereka menguruskan keuangan.
00:43Dan dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar usahawan masih lagi bergelut dengan aspek asas seperti pengasingan akaun perniagaan, pengurusan aliran tunai,
00:52pengurusan hutang dan juga keyakinan dalam membuat keputusan keuangan.
00:56Dan untuk memahami realiti di sebalik perilaku keuangan pengusaha mikro ini, kita bersama secara fizikal di studio pada hari ini.
01:04Saudara Syed Muhammad Fauzi Syed Hussein, Timbalan Pengurus Jabatan Pembangunan Penyidikan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK.
01:11Assalamualaikum Tuan Syed, apa khabar?
01:12Waalaikumsalam.
01:13Bapak baik, terima kasih Hafiz.
01:14Selamat datang ke Astro Awan ini dan juga untuk niaga awan ini khususnya.
01:17Dan kalau kita nak terus kepada perbincangan, kalau kita lihat dalam kajian yang dikongsikan kepada kita dan telahpun kita telusuri
01:24satu-satu,
01:25kita melihat ramai usahawan mikro ini bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan pendapatan mereka untuk menjana jualan dan sebagainya.
01:32Kalau kita boleh dapatkan pandangan Tuan Syed dan juga pasukan yang menjalankan kajian ini, adakah kejayaan perniagaan ini lebih tertentukan
01:40oleh banyaknya jualan?
01:42Atau bagaimana yang diukur sebenarnya?
01:44Baik, terima kasih untuk soalan yang pertama untuk Encik Hafiz.
01:47Sebelum saya pergi kepada menjawab soalan tadi ini, saya ingin saya perkenalkan sedikitlah kajian yang kami buat ini adalah kajian
01:53yang usah sama yang kita melibatkan 920 usahawan mikro dari seluruh negara per tahun 2025.
02:00Dan kajian ini kita lakukan di AKPK bersama dengan, kerjasama dengan Asian School of Business, bersama dengan Pusat Penyelidikan, Pendidikan
02:08dan Kesejahteraan Kewangan FEWRC di AKPK.
02:12Jadi, untuk menjawab soalan Encik Hafiz tadi itu, bagaimana adakah banyaknya jualan atau bagaimana yang ditentukan, bagaimana wang itu diuruskan.
02:19Sebenarnya kalau kita kajikan balik, jualan penting, memang penting jualan itu kerana ia merupakan sumber pendapatan perniagaan.
02:26Jadi, kita memang fokuskan kepada hasil jualan, kita fokuskan kepada pemasaran itu sendiri.
02:32Tapi sebenarnya ada satu lagi faktor yang kita rasa kita perlu titik beratkan juga dalam kalangan pengusaha mikro,
02:38yang mana kejayaan jangka panjang untuk perniagaan itu perlu kita lihat bagaimana wang yang diperoleh itu diuruskan.
02:45Maksudnya di sini, kita fokuskan kepada pemasaran, kita mencari pelanggan, kita menyediakan pelbagai barangan ataupun barang-barang yang boleh diniagakan.
02:57Tetapi, kita lupa untuk memfokuskan kepada bagaimana kita menguruskan perbelanjaan perniagaan itu sendiri, bagaimana kita merekod keuangan,
03:04bagaimana kita menguruskan aliran tunai yang berkesan dalam kalangan pengusaha mikro.
03:09Jadi, yang ini sebenarnya boleh mempengaruhi ataupun kita katakan menentukan sama ada kelangsungan ataupun jangka masa panjang kejayaan sesebuah perniagaan
03:19tersebut.
03:19Okey, itu antara yang paling penting. Dalam kita melakukan perniagaan, kita akan paparkan juga kepada penonton tentang dapatan yang dikongsikan
03:27oleh AKPK.
03:28Kalau kita pergi kepada setiap laporan yang ditunjukkan ini, kalau kita boleh terus satu ini,
03:33di mana kajian dapat 41% usahawan mikro berada pada tahap perilaku keuangan lemah dan juga sangat lemah.
03:40Ini adalah riti yang cuba disampaikan ataupun didelahkan oleh angka ini.
03:44Apa-apa yang kita boleh faham dan belajar daripada dapatan yang dikeluarkan ini, Tuan Syed?
03:50Baik, bagi menjadikan persoalan ini, kita lihat kepada perilaku keuangan.
03:54Kita menjurus kepada, kita fokuskan dulu definisi perilaku keuangan.
03:57Apakah tahap perilaku keuangan?
03:59Di AKPK, dalam kajian kami, kita menentukan tahap perilaku keuangan pengusaha mikro ini berdasarkan kepada enam indikator.
04:05Iaitu, kalau boleh saya senaraikan di sini, pertama, menetapkan matlamat keuangan yang kepanjang.
04:10Jadi, dia ada matlamat dia.
04:12Dan kedua, menjejak rekod keuangan.
04:14Setiap sahaja riset, invoice dan sebagainya simpan.
04:17Ketiga, mengurus keselamatan data dan maklumat.
04:20Keempat, mewujudkan perancangan keuangan teratur.
04:23Dan kelima, meramalkan keuntungan secara berkala.
04:26Dan yang keenam, mengurus akaun yang berasingan.
04:29Jadi, keenam-enam indikator ini akan menentukan sama ada tahap perilaku keuangan pengusaha mikro, usahawan mikro ini, sama ada baik
04:37ataupun tidak.
04:38Jadi, bila kita melihat kepada perilaku keuangan.
04:41Sebagian besar usaha mikro ini, kita lihat macam Encik Afi cakap tadi, masih bergelut dengan pengurusan keuangan asas.
04:46Mereka bukan semata-mata kita menghadapi cabaran menjana pendapatan.
04:50Tapi, mereka juga turut berdepan dengan kesukaran dalam membuat perancangan keuangan, mengurus aliran tunai dan membuat keputusan keuangan yang berkesan.
04:59Jadi, kita lihat di sini, ramai yang lebih terdedah kepada ketidakstabilan keuangan dan risiko kegagalan perniagaan.
05:06Yang mana kita katakan, bukan bermaksud satu faktor utama pengurusan keuangan itu menyebabkan kegagalan.
05:12Tetapi, elemen pengurusan keuangan tersebut boleh membantu mereka pertahankan perniagaan mereka yang perlu mereka lihat.
05:19Jadi, kalau kita lihat perkajian AKPK, Encik Afi, kita dapati 43% usahawan berada dalam kategori sedang berkembang.
05:26Apa maksud itu? Kita nyatakan tadi, 41% berada dalam kategori sangat lemah dan lemah.
05:31Tapi, kalau kita fokuskan sedikit pada satu kategori lagi, iaitu yang merekodkan 43% usahawan berada dalam kategori sedang berkembang.
05:39Maksudnya, di situ, sebahagian besar usahawan mikro sebenarnya mempunyai asas yang boleh diperhebatkan lagi.
05:46Maksudnya, mereka ada tahap yang bagus, tapi kita boleh tingkatkan lagi, kita boleh perbahagi lagi supaya dia boleh mencapai tahap
05:52yang lebih tinggi.
05:53Ada ruang itu.
05:54Dan kita ada intervensi, ada ruang untuk baik, tambah baik lagi.
05:58Tapi, kalau kita lihat juga, ada wujud jurang antara pengetahuan kewangan dan juga amalan sebenar.
06:06Sedangkan kita lihat ramai usahawan pada waktu ini mungkin mempunyai pemahaman atau literasi kewangan yang mungkin meluas pada waktu ini.
06:12Kenapa masih lagi ada kesenjangan atau gap yang nyata di situ?
06:16Baik.
06:17Kita dapati dalam kajian kami, usahawan ini sebenarnya mereka sedar bagaimana untuk kita, betapa perih pentingnya mereka menguruskan kewangan yang
06:26baik.
06:26Mereka tahu, mereka macam household juga, macam isi rumah juga.
06:29Semua tahu mereka perlu menguruskan isi rumah, tapi perniagaan juga, kita perlu ada kesedaran, baik, sudah ada.
06:36Tapi, mereka ini kita dapati kurang kemahiran praktikal dan keyakinan untuk melaksanakannya secara konsisten.
06:42Maksudnya di sini, tidak ada aplikasi yang konsisten dalam kalangan usahawan untuk sentiasa menguruskan kewangan yang baik.
06:49Jadi, dari segi praktikalnya, dari segi pengetahuannya, bagaimana mereka menggunakan pengetahuan yang ada, yang sedia ada, supaya boleh menguruskan perniagaan
06:58yang lebih baik.
06:58Mereka tahu apa yang perlu dilakukan, tapi sukar untuk mereka menerapkannya dalam operasi harian perniagaan.
07:06Jadi, kita nampak ada juranglah pengetahuan dan amalan semenar. Ada pengetahuan, tapi mungkin tidak diaplikasikan.
07:12Dan inilah ruangnya untuk ATPK melakukan intervensi dan sebagainya.
07:16Dan apa yang menarik kalau kita melihat kepada kajian ini juga, kita melihat di mana kajian yang menunjukkan pengurusan akaun
07:23yang berasingan antara kewangan peribadi dan juga perniagaan
07:26yang dikatakan sebagai aspek yang paling lemah dalam dapatan yang dilakukan oleh ATPK.
07:31Persoalan yang kita boleh bawakan kepada dapatan yang dikongsikan ini, kenapa amalan yang ini dianggap masih lagi menjadi cabaran yang
07:38besar kepada usaha mikros?
07:40Seolah-olah macam tak keterlaluan, saya kata mungkin kanser dalam perusahaan PMKS ini, Tuan Syed.
07:47Okey, ini juga satu dapatan kita yang sangat menarik sebenarnya.
07:51Sebab kita dapati ramai pengusaha mikros sebenarnya mengendalikan perniagaan kecil-kecilan.
07:57Kita tahu yang hokus kan, di pasar malam dan sebagainya.
08:00Jadi, wang perniagaan mereka itu sebahagian daripada kewangan peribadi mereka.
08:04Mereka menganggap begitu.
08:05Jadi, akibatnya kita nampak sempadan antara kedua-duanya menjadi kabur.
08:09Wang perniagaan ke wang peribadi.
08:10Jadi, itu.
08:11Jadi, kajian kami mendapati 60% usahawan mempunyai akaun berasingan.
08:15Maksudnya, ada. Mereka menyediakan akaun berasingan, mereka asingkan pendapatan akaun peribadi dan juga akaun perniagaan.
08:22Tetapi, hanya 35% sahaja daripada usahawan ini yang mengasingkan ini, mereka masih mencampur adukkan transaksi peribadi dan perniagaan.
08:29Masih ada sikit.
08:30Akaun ada.
08:31Tapi, masih lagi tidak di segi praktikalnya, seperti mana yang saya maklumkan tadi.
08:35Masih lagi tak berapa yakin untuk mengasingkan kewangan.
08:38Itu yang pertama.
08:39Dan cabaran sebenarnya, kita bukan nak asingkan. Kita nak membina disiplin usahawan untuk menggunakannya secara konsisten.
08:47Maksudnya, kita asingkan betul-betul.
08:48Kemudian, dengan ekonomi kita yang semakin kompetitif dan disiplin kewangan, kita pun perlu konsisten untuk kita menjadi lebih daya saing
08:56supaya semakin penting dari segi perusahaan mikro ini.
08:59Dan, kita fokuskan jualan, pemasaran dan pelanggan.
09:02Tapi, lupa nak asingkan. Lupa nak praktikkan.
09:04Jadi, itu yang dapatan kami.
09:06Saya menjagakan konsistensi ataupun kelestaran perniagaan ini akan terjejas sekiranya campur aduk itu akan berlaku.
09:13Tapi, kalau kita lihat kepada, mungkin Tuan Syed lebih mengetahui lah, worst case scenario kalau campur aduk ini diteruskan dan
09:19juga tidak ada satu plan untuk melakukan perubahan dalam proses ini.
09:23Apa yang kita boleh lihat nasib kepada usahawan atau PMKS ini?
09:27Okey. Kalau usahawan atau PMKS, ataupun usahawan mikro terutamanya, apabila kewangan peribadi kita campur adukkan dengan perniagaan, usahawan sukar untuk
09:39mengetahui prestasi sebenar perniagaan mereka.
09:42Mereka susah nak kenal pasti mana duit peribadi, mana duit perniagaan.
09:46Dah bercampur habis.
09:46Dah habis. Campur dah kan. Jadi, mereka tak kenal pasti dan perniagaan mereka ini mereka tak pasti ada benar untung
09:52ke ataupun rugi perniagaan mereka ini.
09:54Jadi, mereka akan berdepan dengan sukaran menyediakan rekod kewangan dan sebagainya.
09:58Juga ada masalah nanti untuk mendapatkan pembiayaan.
10:00Kalau mereka nak dapatkan pembiayaan, pun sukar sebabnya tidak ada rekod yang tepat dengan perniagaan mereka.
10:06Jadi, dalam jangka masa panjang ini, kita dapati keadaan ini sukarkan perancangan dan meningkatkan risiko perniagaan mengenai masalah, aliran tunai
10:16dan sebagainya.
10:17Jadi, perlu ada rekod yang jelas dan teratur. Jadi, bila ada semua ini, usahawan akan kehilangan maklumat yang perlukan untuk
10:24menambah baik ataupun mengembangkan perniagaan mereka.
10:27Tuan Syed menyebut soal aliran tunai ataupun cash flow ini adalah bare minimum lah apabila kita saya ke Tuan Syed
10:34nak melakukan perniagaan itu, aliran tunai itu adalah paling penting.
10:36Sebab, kalau kita lihat juga daripada kajian yang dikeluarkan oleh OKPK ini, di mana kalau kita lihat perilaku kewangan pada
10:44tahap rendah yang tidak mengetahui kedudukan aliran tunai ini.
10:47Kenapa sebenarnya aliran tunai ataupun cash flow ini sangatlah penting berbanding kita aim kepada keuntungan itu semata-mata?
10:54Baik. Ada kontroversi juga bila kita katakan, nanti peniaga kata, oh kita perlu lihatkan pada jualan.
11:01Jualan lebih penting, keuntungan lebih penting, bukannya semata-mata memantau aliran tunai sahaja.
11:06Sebenarnya, kedua-duanya penting. Memang kita patut fokus pada pemasaran yang betul, kita patut fokus kepada hasil jualan yang tinggi.
11:13Usahawan perlu melihat pada itu, memang nak dapat untung lah. Kita memang dapat untung dari tahun ke tahun, dari bulan
11:18ke bulan kan.
11:19Tetapi, kedua-duanya sebenarnya perkara ini berbeza.
11:21Tetapi, kedua-duanya sama penting. Sebab bila perniagaan, bila kita mencatatkan keuntungan, dia hanya adalah di atas ketas sahaja.
11:29Tetapi, jika wang tunai ini tak cukup kalau kita kata kita nak bayar pembekal, kita nak bayar gaji bekerja, kita
11:35nak bayar harian-harian, kos operasi dan sebagainya.
11:41Jadi, perniagaan boleh menghadapi masalah bila tak dilihat betul-betul.
11:44Kalau kita fokus kepada aliran tunai yang betul.
11:47Sebab kajian kami menunjukkan bahawa, 82% usahawan dalam kategori sangat lemah dan 60% dalam kategori lemah tidak mengetahui
11:55status aliran tunai mereka.
11:57Maksudnya di sini, tahap perilaku keuangan yang lemah dan sangat lemah tadi itu, 82% dan juga 60% tadi
12:04itu, 82% tidak mengetahui status aliran mereka, aliran tunai mereka.
12:10Maksudnya di sini, kenapa mereka lemah? Sebab mereka memang tidak mengambil tahu aliran tunai mereka.
12:15Jadi, itu yang menyebabkan, meletakkan mereka berada dalam kategori sangat lemah dan lemah.
12:20So, ini menunjukkan pemantauan aliran tunai itu sebenarnya merupakan keperluan kritikal untuk memastikan perniagaan terus operasi.
12:28Tapi, kalau kita lihat tahap perilaku keuangan lainnya yang berkait dapat dengan kebarang kalian lebih tinggi untuk mempunyai aliran tunai
12:36yang positif.
12:36Contoh, kita lihat bukan yang negatif saja, ada yang bagus. Kita tengok di sini.
12:40Hanya 5% usahawan dalam kategori perilaku keuangan sangat lemah dan 23% dalam kategori perilaku keuangan lemah melaporkan aliran
12:50tunai positif.
12:51So, maksudnya, sangat lemah dan lemah 5% dan meningkat kepada 23%.
12:55Dan, kalau kita lihat lagi ke atas, peratusan ini meningkat kepada 50% bagi kumpulan sedang berkembang.
13:02Meningkat lagi dan 67% bagi kumpulan mahir dan mencecah 98% dalam kalangan usahawan cemerlang.
13:09Maksudnya, di sini dia ada hubungan yang berkadar terus antara aliran tunai yang positif dan juga tahap perilaku keuangan usahawan.
13:17Jadi, di sini kita nampak pentingnya bahawa bila menjaga aliran tunai, perilaku mereka pun meningkat, tahap perilaku mereka meningkat.
13:24Jadi, kita secara kesimpulannya, perilaku keuangan bertambah baik, aliran tunai juga menjadi lebih sihat.
13:31Itu menarik apa yang dikongsikan oleh Tuan Syed.
13:34Dan, kalau kita nak bergerak satu-satu itu memang akan ambil masa banyak dalam perbincangan kita pada hari ini.
13:38Sebab, saya melihatkan, dia terbahagi pada dua laporan ini, antara pukul 16 hingga 12 dan seterusnya untuk laporan yang lain
13:44yang kita akan bincangkan esok.
13:45Kalau kita lihat juga, dapatan ini juga menunjukkan kepada kita bahawa ramai usahawan sebenarnya mengelak untuk mendapatkan pembiayaan.
13:52Kerana takut terjerumus ataupun terperangkap dalam konsep hutang itu dan sebagainya.
13:56Tapi, kita nak melihat bagaimana sebenarnya mereka nak menentukan sama ada pembiayaan yang mereka itu adalah hutang atau kita kata
14:04tujuannya untuk mengembangkan perniagaan.
14:06Bagaimana sebenarnya AKPK main keperanan untuk memastikan bahawa mereka faham, jelas dengan apa yang mereka buat soal pembiayaan ini?
14:13Baik.
14:13Sebelum membuat pembiayaan, pengusaha mikro perlu mengelak pasti sama ada adakah mereka betul-betul memerlukan pembiayaan.
14:22Itu satu.
14:23Dan perniagaan, adakah mereka lebih cenderung untuk menggunakan wang simpanan sahaja.
14:27Dan mereka perlu tahu apa tujuan mereka membuat pembiayaan.
14:30Bila asas sudah tahu, baru mereka boleh gunakan untuk menjana nilai dan pertumbuhan perniagaan.
14:38Maksudnya, di sini bukan hanya untuk kelangsungan perniagaan itu sendiri, tetapi pertumbuhan perniagaan.
14:44Bukan sekadar menampung masalah keawangan yang kependek.
14:46Sebelum mendapatkan pembiayaan, macam saya nyatakan tadi, tujuan penggunaan dana.
14:50Maksudnya, pembiayaan itu untuk apa?
14:52Dan kedua, perlu menilai kemampuan membayar balik.
14:56Mampu ke atau tidak untuk membayar balik pinjaman?
14:59Dan ketiga, potensi pulangan yang bakal diperoleh.
15:02Jadi, usahawan mikro perlu mengenal pasti ketiga-tiga perkara ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan pembiayaan.
15:09Jadi, kajian kami juga menunjukkan bahawa tahap keyakinan yang rendah terhadap pengurusan pembiayaan
15:15sering berpunca daripada kekurangan literasi kewangan dan kebimbangan terhadap risiko hutang.
15:20Jadi, di situ, bila kurangnya literasi kewangan, mereka kurangkan penyedahan kepada kenapa perlu ada pembiayaan,
15:26kenapa perlu berhutang, menyebabkan mereka rasa usahawan ini gusar atau pembimbang.
15:33Adakah mereka takut nanti berhutang pula bila ambil pembiayaan, mereka tidak boleh berserve the loan.
15:39Jadi, kita nampak di sini perlu bimbingan.
15:42hanya perlu bimbingan usahawan untuk diperlukan supaya mereka boleh membuat keputusan pembiayaan yang dibuat secara telus dan lebih berkesan.
15:50Kalau boleh saya tambah sikit, common mistake yang selalu berlaku dalam soal hutang ini, apa sebenarnya kalau mungkin PMKS yang
15:56mendengar pada waktu ini
15:57yang mungkin AKPK dapat kena pasti inilah kesilapan yang perlu ditambah baik dan perlu segera diambil tindakan oleh PMKS ini?
16:06Biasakan kerja yang kemik, ada dua-dua faktorlah mainkan peranan.
16:10Pertama sekali, kurangnya ilmu.
16:12Usahawan kurang ilmu. Usahawan mikro perlu ilmu dari segi pemasaran dan hasil jualan pelanggan itu sudah tentulah.
16:20Lebih-lebih lagi dalam zaman digital ini, pengusaha mikro perlu memahami penggunaan aplikasi digital
16:25supaya mereka lebih berdaya tahan, berdaya saing perniagaan mereka itu yang pertama.
16:31Mesti ada ilmu. Dan keduanya kami lihat adalah kekurangan keyakinan usahawan untuk aplikasikan ilmu yang dimiliki.
16:37Mereka tahu, mereka ada ilmu tapi mereka nampaknya kurang yakin.
16:41Itu nampak lebih ketara bila usahawan ini, dia ada pengetahuan asas tapi dia merasakan kemampuan mereka dalam mengurus aliran tunai,
16:48simpan kira, pengurusan kos dan pembiayaan berada.
16:52Memang pada tahap rendah kita dapati.
16:53Maka bila kita perlukan keyakinan ini, jadi kita perlu ada pembangunan kapasiti lah.
16:59Kita beri pertumpuan kepada usahawan-usahawan ini supaya mereka lebih yakin untuk menggunakan, mengaplikasikan ilmu yang ada.
17:06Kalau kita sahaja nak kaitkan lah sebab KPK ini tak boleh lari daripada isi rumah juga kan.
17:10Kita melihat kepada usahawan, kita ada isi rumah.
17:14Kajian pada tahun 2024 oleh Bank Negara Malaysia yang mengatakan, kita ada Financial Capability and Inclusive Index yang menunjukkan bahawa
17:23indeks untuk pengetahuan pengurusan kewangan itu tinggi, rakyat Malaysia.
17:28Tetapi bila kita pergi kepada tingkah laku, perilaku rakyat Malaysia rendah.
17:31Jadi kita dapat di situ ada disparity ataupun ketidakseragaman antara tingginya pengetahuan tetapi rendahnya aplikasi digunakan dalam tingkah laku.
17:42Kenapa? Tingkah laku masih lagi rendah.
17:45Begitu juga kalau kita bawa kepada dalam konteks usahawan-usahawan juga adalah isi rumah juga sebenarnya kan.
17:51Mereka berniaga.
17:52Kebanyakannya begitu.
17:52Ya, jadi tingkah laku, perilaku yang ditunjukkan begitu, mereka kurang keyakinan dan mereka kurang menggunakan apa ilmu yang ada
18:00menyebabkan mereka aplikasi attitude itu terserelah bahawa mereka itu ada rendah tingkah laku terhadap pengurusan kewangan mereka.
18:08Jadi di sini kita nampak cabaran usahawan mikro ini bukan lagi semata-mata soal kita nak mengetahui apa yang betul
18:14dari sukat pengurusan kewangan
18:15tetapi keyakinan dia untuk melaksanakan pengetahuan tersebut secara konsisten dalam situasi sebenar perniagaan.
18:21Ya, di minit-minit yang terakhir ini Tuan Syed, kalau kita lihat kepada laporan yang dikongsikan juga
18:27di ruangan terakhir, di muka 112, spesifik yang saya beritahu di sini
18:31kita lihat kalau soal bila Tuan Syed menyebut soal mungkin ilmu yang kurang dan juga pengetahuan yang sedikit kurang
18:37bukan kita tak tahu tapi ada kekurangan dari situ.
18:40Mungkin juga akan menjadi persoalan kepada tahap pengurusan kewangan
18:43ataupun kemampuan mengurus kewangan mereka yang disifatkan masih rendah dalam kajian ini
18:46dan kalau kita boleh dapatkan apa isu sebenarnya yang AKPK dapati dalam kajian ini?
18:55Masuk Cik Fial, tiga perubahan ini. Tiga perubahan apa yang kita dapat ini berlaku kewangan ini?
19:00Kita nampak dalam kajian kami ini, tiga perubahan yang paling penting adalah
19:02pertama, kita perlu memisahkan kewangan peribadi dan perniagaan.
19:06Itu memang ada akaun tapi jangan tak asingkan. Jangan campur adukkan.
19:11Mesti asingkan akaun peribadi-peribadi dan perniagaan-perniagaan. Jangan campur adukkan.
19:16Kemudian yang kedua, mengurus dan memantau aliran tunai secara berkala.
19:19Mesti sentiasa kita pantau aliran tunai. Usahawan perlu mengetahui kedudukan aliran itu masuk
19:23dan aliran keluar wang pada setiap masa supaya dapat membuat keputusan perniagaan lebih baik.
19:27Dan yang ketiga adalah menyimpan rekod kewangan yang sistematik dan membuat perancangan kewangan yang teratur.
19:32Simpan segala risin, invoice dan sebagainya. Jadi itu akan lebih memudahkan kita untuk trace,
19:37untuk kita kesan banyak mana wang keluar dan wang masuk untuk perniagaan.
19:41Dan saya fikir itu adalah tiga bad minimum atau perkara asas yang perlu ada dalam pengusaha atau PMKS
19:47khususnya pengusaha usaha mikro ini. Dan paling penting adalah ilmu yang ditekankan banyak kali oleh Tuan Said
19:53bagaimana ia perlu dilakukan secara baik dan juga AKPK sedia untuk bantu mereka
19:59sekiranya mereka bergelut dalam keadaan hutang, kekurangan ilmu dan sebagainya.
20:04Sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Tuan Said Maaf Hozi Said Husin
20:07di Balan Pengurus Jabatan Penggunaan Penyelidikan, Agensi Kounseling dan juga Pengurusan Kredit AKPK.
20:12Terima kasih Tuan Said.
20:13Atas ruang waktu, insyaAllah kita akan berjumpa lagi satu perkara esok untuk bincangkan
20:17satu lagi dapatan penting dalam kajian yang dikongsikan oleh AKPK.
20:20Terima kasih Tuan Said.
Comments