00:00Perdana Menteri Irak Ali Al-Zaidi mengumumkan rancangan kerajaan untuk melucatkan senjata oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Iran
00:08menjelang Jun 2027.
00:10Dalam satu wawancara bersama New York Times, beliau berkata kumpulan terbabit akan diserapkan ke dalam Popular Mobilization Forces PMF sebagai
00:20sebahagian daripada usaha memperkukuh kawalan kerajaan terhadap keselamatan negara.
00:28Menurut Al-Zaidi, satu tempoh peralihan selama 90 hari akan dilaksanakan di mana kumpulan berkenaan tidak akan melancarkan sebarang serangan.
00:37Dalam tempoh sama, jaminan turut diberikan bahawa pasukan Amerika Syarikat tidak akan melancarkan serangan terhadap mereka.
00:45Beliau berkata proses penyerahan senjata akan bermula selepas tempoh tersebut sebagai sebahagian daripada pelaksanaan pelan berkenaan.
00:52Perdana Menteri Irak itu menegaskan mana-mana kumpulan yang masih beroperasi sebagai militiah selepas tarikh akhir yang ditetapkan akan dianggap
01:01sebagai pihak yang melanggar undang-undang.
01:03Langkah berkenaan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Baghdad untuk memperkukuh monopoli kuasa keselamatan negara serta mengurangkan pengaruh kumpulan bersenjata bukan
01:12negara dalam landscape keselamatan Irak.
Comments