Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Data rasmi menunjukkan ekonomi Iran menguncup 10.1 peratus dalam tempoh suku pertama tahun kalendar Parsi ketika negara itu berdepan konflik dan sekatan ekonomi yang semakin ketat. KDNK tanpa sektor minyak dan gas turut mencatatkan penyusutan 4.6 peratus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ekonomi Iran mencatatkan penguncupan lebih 10% dalam tiga bulan pertama tahun kalender Parsi ketika negara itu berdepan konflik serta
00:08tekanan ekonomi yang berterusan.
00:10Menurut data rasmi, Pusat Statistik Iran keluaran dalam negara kasar atau KDNK termasuk sektor minyak dan gas menguncup sebanyak 10
00:18.1% bagi tempoh 21 Mac hingga 20 Jun lalu.
00:23Data itu turut menunjukkan KDNK tidak termasuk sektor minyak dan gas yang mencatatkan penguncupan 4.6% dalam tempoh yang
00:32sama.
00:33Iran sebelum ini telah lama berdepan pelbagai sekatan ekonomi barat selain tekanan akibat penyusutan nilai mata wang dan inflasi yang
00:41tinggi.
00:42Keadaan itu bertambah mencabar selepas operasi ketenteraan yang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran yang bermula pada penghujung Februari
00:51lalu.
00:51Pada penghujung Ogos, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat turut mengumumkan satu pusingan sekatan baharu terhadap Iran.
00:58Sebagai tindak balas, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Iran menubuhkan Pusat Arahan Perang Ekonomi bagi menyelaras dan mempercepat usaha menangani cabaran
01:07ekonomi yang timbul akibat konflik berkenaan.
01:10Konflik yang berterusan turut memberi kesan kepada perdagangan serantau termasuk laluan strategi selat hormus.
01:16Pemerhati melihat perkembangan itu sebagai petunjuk tekanan besar yang sedang dihadapi ekonomi Iran dalam suasana ketidakstabilan geopolitik yang berlanjutan.
Comments

Recommended