00:00Perpustakaan Negara Malaysia, PNM, dicadar mewujudkan repository digital cerita Malaysia sebagai hazanah digital nasional bagi memastikan warisan cerita rakyat dan
00:10identiti negara terus dipelihara.
00:12Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Agudagam berkata, repository itu boleh berfungsi sebagai pangkalan data digital yang menghimpunkan cerita rakyat Malaysia
00:21secara sistematik.
00:24Menurut beliau, inisiatif itu bukan sahaja memelihara warisan budaya tetapi turut menyediakan sumber rujukan untuk pendidikan dan penyelidikan.
00:33Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Penceritaan Malaysia FPM 2026 pada Isnin.
00:40Aaron berkata inisiatif tersebut akan memperkukuh peranan PNM bukan sahaja sebagai penjaga bahan terbitan negara malah sebagai penjaga memori kolektif
00:49dan suara bangsa.
00:50Beliau turut menegaskan bahawa budaya penceritaan memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa.
00:57Budaya itu membantu rakyat memahami identiti bersama serta menghargai keperlbagaian bahasa dan budaya Malaysia.
01:05Dalam pada itu, Aaron mengingatkan masyarakat supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan AI tanpa melakukan
01:13semakan fakta.
01:14Katanya penggunaan AI tanpa pemahaman konteks yang mendalam boleh menyebabkan penyebaran maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan.
01:23Beliau berkata literasi naratif amat penting bagi membantu masyarakat memahami, menilai dan menapis kandungan dalam persekitaran digital.
01:32Aaron turut berharap kerjasama antara pelbagai kementerian dan agensi dapat diperkukuh bagi memperluaskan budaya penceritaan dalam kalangan rakyat.
Comments