00:00Struktur ekonomi yang semakin berdaya tahan dan pendekatan dasar kerajaan yang pragmatik dilihat antara faktor menyokong prestasi ekonomi Malaysia yang
00:08lebih baik daripada jangkaan.
00:10Menurut Ketua Ekonomi BMU Amalat Malaysia Berhad, Dr. Muhammad Abzanizam Abdul Rashid, kekuatan itu antaranya dapat dilihat menerusi sektor elektrik
00:17dan elektronik ENE apabila Malaysia kini bukan sekadar terlibat dalam pengeluaran produk asas,
00:22sebaliknya semakin mempunyai kedudukan dalam rantaian perniagaan dan pembuatan yang mempunyai daya tahan yang lebih tinggi.
00:30Dari segi dasar juga, saya kira dasar yang pragmatiklah berkenaan dengan kerajaan, macam mana mereka menghadapi situasi kejutan akibat daripada
00:39kenaikan harga minyak mentah.
00:42Ramai yang kata mungkin sepatutnya harga minyak mentah itu diapungkan dan sebagainya. Benar, itu suatu keadaan yang ideal tetapi kerajaan
00:50tidak mengambil keputusan tersebut,
00:52malah mengambil keputusan apa pendekatan yang lebih berhati-hati perlahan-lahan dan menggunakan teknologi seperti mycard dan pengakhirannya dapat menstabilkan
01:01harga-harga bahan api
01:03dan juga membantu dalam mengekang kenaikan keadaan inflasi dalam secara keadaan yang terkawal.
01:09Menurut beliau, gabungan kekuatan struktur ekonomi dan dasar yang berhati-hati membantu menjelaskan mengapa prestasi ekonomi Malaysia ketika ini
01:17berada pada kedudukan lebih baik daripada jangkaan.
01:20Katanya pertumbuhan sekitar 6% sudah berada melebihi julat sasaran kerajaan sekitar 4 hingga 5%.
01:27Namun, pendekatan konservatif dalam membuat unjuran masih penting bagi memastikan sumber negara dapat diurus secara berhemah
01:34dan ruang dasar kekal tersedia sekiranya berlaku perubahan dalam persekitaran ekonomi.
01:39Beliau berpandangan pendekatan tersebut akhirnya membolehkan Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh
01:44tanpa mengabaikan keperluan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dalam jangka sederhana dan panjang.
01:50Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Selasa.
Comments