Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Perlindungan dan kepercayaan pengguna terhadap perdagangan digital perlu diperkukuh susulan peningkatan 92 peratus kes penipuan e-dagang pada suku pertama 2026 berbanding tempoh sama tahun lepas.
Transcript
00:00Perlindungan dan kepercayaan pengguna terhadap perdagangan digital perlu diperkukuh.
00:04Susulan peningkatan 92% kes penipuan e-dagang pada suku pertama 2026 berbanding tempoh sama tahun lepas.
00:12Ketua Hal Ewal Awam dan Hubungan Luar Shopee Malaysia, Nik Amir Din berkata,
00:16Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman menunjukkan penipu terus mengubah dan memperhalus taktik mereka.
00:26Atas sebab itu katanya kepercayaan tidak boleh dibina menerusi satu inisiatif atau peningkatan teknologi semata-mata.
00:33Sebaliknya ia perlu dipupuk secara berterusan melalui pelaburan dalam sistem, langkah pelindungan dan kerjasama
00:39bagi mewujudkan persekitaran digital yang selamat serta boleh dipercayai.
00:44Beliau berkata, platform digital memerlukan pendekatan berlapis yang menggabungkan teknologi,
00:49tabik urus platform, pendidikan pengguna serta kerjasama dengan kerajaan dan pemain industri.
00:54Katanya Shopee menjadi platform pertama dalam pasaran yang memperkenalkan penyelesaian escrow
00:59menerusi Shopee Guarantee dengan pembayaran kepada penjual hanya dilepaskan selepas pembeli berpuas hati
01:05dengan pesanan diterima dan pelindungan itu kemudian disepadukan dalam polisi pemulangan.
01:11Jelasnya setiap penjual baharu di platform juga diwajibkan menjalani proses pengesahan kenali pelanggan anda KYC
01:17bagi meningkatkan accountability.
01:20Beliau berkata, teknologi kecerdasan buatan AI digunakan bersama pasukan moderasi dan siasatan
01:25untuk mengesan tingkah laku mencurigakan serta mengambil tindakan terhadap akaun
01:30atau penyenaraian yang melanggar polisi platform.
01:33Nick Amir berkata, mekanisme pembayaran selamat, pelindungan pembeli dan proses penyelesaian
01:38pertikaian pula menyediakan pelindungan tambahan sepanjang urusan jual-beli.
01:42Beliau berkata, teknologi membolehkan platform mengesan aktiviti mencurigakan
01:46dan corak penipuan baharu dengan lebih pantas serta bertindak lebih cepat terhadap ancaman.
01:51Bagaimanapun, beliau berkata, pengguna juga perlu dibekalkan pengetahuan
01:55untuk mengenalpasti risiko, membuat keputusan yang selamat dan melaborkan aktiviti mencurigakan.
Comments

Recommended