00:00Setiausaha agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Saleh menegaskan kedudukan parti itu hari ini bukanlah titik paling rendah dalam sejarah perjuangannya,
00:08sebaliknya pernah berdepan keadaan jauh lebih sukar.
00:10Beliau mengimbau pilihan raya umum 2004 ketika keadilan hanya memenangi satu kerusi parlimen iaitu di Permatang Pau dengan majoriti 590
00:19undi selain berdepan kehilangan ahli dan keyakinan terhadap masa depan parti.
00:24Menurut Fuziah, PKR kini turut berdepan pelbagai ujian termasuk kehilangan beberapa medan politik yang sebelum ini menjadi sandaran parti.
00:32Selain perubahan hubungan politik yang disifatkannya, bukan mudah untuk diterima. Namun beliau menegaskan Kongres Parti bukan medan untuk menuding jari
00:41atau mencari pihak yang harus dipersalahkan.
00:44Sebaliknya PKR perlu jujur mengakui kelemahan dan belajar daripada pengalaman.
00:48Tapi kita tak boleh biarkan luka menentukan masa depan kita. Luka bukan pengakhiran dan kekalahan bukan penamat kepada perjuangan.
01:00Sejarah parti kita sendiri telah membuktikan bahawa setiap kali kita diuji, kita sentiasa mempunyai pilihan untuk bangkit, memperbaiki diri dan
01:11membina semula kekuatan.
01:14Fuziah berkata pengalaman 2004 membuktikan PKR mampu bertahan walaupun ketika itu hanya mempunyai satu kerusi parlimen manakala Datuk Seri Anwar
01:22Ibrahim masih berada dalam penjara.
01:24Katanya parti itu ketika itu memilih untuk terus membina organisasi, memperkukuh keahlian dan mendekati rakyat, bukannya menyerah selepas kekalahan pilihan
01:34raya.
01:35Justru beliau menyeru anggota PKR kembali menghidupkan idealisme reformasi berteraskan keadilan, demokrasi, integriti institusi serta usaha membanteras rasuah dan penyalahgunaan
01:45kuasa.
01:46Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap pertama di Kongres Nasional PKR 2026 ke-19 di Melaka pada Sabtu.
01:54Terima kasih telah menonton!
Comments