Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Penganalisis menjangka Bursa Malaysia bergerak dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong asas ekonomi domestik yang kukuh serta pertumbuhan KDNK Malaysia yang mengatasi jangkaan.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Baik, bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan bergerak antara paras 1740 hingga 1750 mata.
00:09Menurut pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Senyamberhat, Mama Siddiq Jantan, asas domestik negara yang berdaya tahan akan terus
00:17menyokong bursa tempatan.
00:20Bagaimanapun, bila berpandangan pelaburan ekuiti swasta serantau yang bertambah baik boleh menyebabkan pelabur institusi membawa keluar modal daripada FBM KLCI.
00:30Ini memandangkan komposisinya yang agak defensif dan pendedahan terhad kepada sektor pertumbuhan tinggi.
00:36Pemangkir utama termasuklah harga minyak, perkembangan konflik Iran-Amerika Syarikat dan data aktiviti China pada Julai.
00:42Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sendirian Berhad, Kenny Yee pula berkata, pasaran tidak berada dalam tekanan sejak beberapa hari lepas disokong
00:50oleh data inflasi Amerika yang semakin menurun.
00:54Bagaimanapun, belah berkata, jika jualan runcit akan datang tinggi, pasaran mungkin akan melihat munculnya aktiviti pengambilan untung.
01:01Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia BNM melaporkan ekonomi Malaysia tumbuh 6.0% pada suku ke-2 2016 mengatasi unjuran
01:10awal Jabatan Perangkat Malaysia DOSEM sebanyak 5.8%.
01:14Bank pusat itu maklumkan pertumbuhan itu didorong oleh permintaan domestik yang berterusan dan ekspor yang kukuh.
01:21Gabiner BNM, Datuk Seri Abdul Rashid Ghafur berkata, ekonomi Malaysia kekal berada di landasan yang kukuh.
01:28Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBMK LCI susut 8.36 mata kepada 1,727.39 daripada 1,735.75 pada
01:41minggu sebelumnya.
01:42Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 17.66 bilion unit bernilai 14.42 bilion ringgit daripada 16.22 bilion unit bernilai
01:5215.34 bilion ringgit pada minggu sebelumnya.
Comments

Recommended