Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Rabu lalu, menunjukkan perkembangan positif dan terus pulih seperti dijangkakan pasukan perubatan.
Transcript
00:00Timbalan Peranan Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof yang menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara IJN Rabu lalu menunjukkan
00:09perkembangan positif dan terus pulih.
00:12IJN memaklumkan pembedahan pintasan berganda itu dilakukan selepas Fadilah menjalani angiogram koronari pada 29 Julai lalu dengan hasil pemeriksaan dan
00:22perbincangan pasukan perubatan mendapati prosedur berkenaan adalah kaedah rawatan paling sesuai.
00:30Menurut IJN, Fadilah sebelum ini menjalani angiogram koronari pada 29 Julai lalu sebelum pasukan perubatan memutuskan pembedahan pintasan jantung sebagai
00:40kaedah rawatan terbaik.
00:41Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Prof. Datuk Seri Dr. Mohd Ezzani Maktarib berkata pihaknya berpuas hati dengan perkembangan kesihatan Fadilah
00:50yang disifatkan mengikut perancangan dan jangkaan pasukan perubatan.
00:54Sebagai sebahagian daripada program mobilisasi awal, pada keesokan harinya, Fadilah berjaya melakukan senaman berbasikal sejauh 2.8km di bawah pemantauan
01:05pasukan klinikal IJN.
01:08Menurut IJN, beliau kemudian dipindahkan dari unit rawatan rapi ke Wad Piasa pada hari sama untuk meneruskan proses pemulihan dan
01:16rehabilitasi jantung selepas pembedahan CABJ.
01:19Pembedahan itu dilaksanakan menurut si kaedah pemulihan dipertingkatkan selepas pembedahan jantung IJN iaitu pendekatan multidisiplin yang bertujuan menyokong mobilisasi awal,
01:30mengurangkan komplikasi serta membantu pemulihan yang lebih selamat dan pantas.
01:34Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Fadilah menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan beliau.
01:42Beliau dan sekeluarga juga mengucapkan penghargaan kepada pasukan perubatan IJN atas komitmen, kepakaran dan layanan profesional mereka sepanjang rawatan.
Comments

Recommended