00:00Air India mengarahkan ujian dadah dilaksanakan ke atas semua juruterbangnya beberapa hari selepas seorang kapten yang didapati bertanggungjawab dalam insiden
00:10gelora udara ataupun turbulence disahkan positif ganja.
00:14Menurut saluran berita televisyen tempatan NDTV, ujian itu diwajibkan ke atas juruterbang Air India dan Air India Express.
00:24Ujian itu akan dijalankan serentak dengan sesi latihan di Akademi Guru Gram selain selepas penerbangan di Pusat Tatlimat Penerbangan dan
00:31Pejabat Air India.
00:33Awal bulan ini, 17 orang termasuk 4 kru kabin cedera selepas sebuah penerbangan Air India dari Phuket ke Delhi mengalami
00:40gelora udara.
00:42Pesawat itu kehilangan ketinggian kira-kira 300 kaki sekaligus mencetuskan detik cemas dalam kalangan penumpang.
00:48Pada Rabu, juruterbang yang bertindak sebagai ketua penerbangan disahkan positif ganja menerusi ujian pengesahan bagi bahan psikoaktif.
00:56Menurut laporan, juruterbang itu turut didapati positif dalam ujian dadah yang dijalankan sejurus selepas pesawat mendarat.
Comments