00:00Sarang burung walik lazimnya dikaitkan dengan makanan atau minuman kesihatan.
00:06Namun tidak ramai yang tahu sarang yang terbentuk daripada air liur burung walik ini juga dijadikan sebagai bahan utama cendol
00:15salak,
00:16iaitu makanan tradisional etnik idahan di Sabah.
00:19Sajian tradisi itu kini meniti zaman dan semakin dikenali, bukan sahaja kerana keunikannya, malah khasiat yang terkandung di dalamnya.
00:28Penggunaan salak atau sarang burung walik menjadikan cendol berkenaan berbeza daripada cendol tradisional biasa.
00:35Menurut Presiden Persatuan Etnik idahan Sabah, Abdul Karim Dakok, inovasi berkenaan membuka peluang untuk diketengahkan kepada pelancong serta pasaran lebih
00:45luas.
00:46Cendol salak atau cendol sarang burung merupakan satu makanan yang digemari khususnya oleh pelancong-pelancong luar negara.
00:57Contohnya daripada negara China, Hong Kong yang suka makan sarang burung atau salak.
01:04Jadi kita telah menginovasikan supaya cendol salak itu menjadi satu produk yang bukan sahaja dijual di kaki lima,
01:15tapi juga dijual di gerai, dijual di restoran, restoran lima bintang, malahan di hotel-hotel dan juga majlis-majlis rasmi.
01:24Dalam menghasilkan cendol salak, aspek kebersihan dan penyediaan bahan turut diberi perhatian bagi memastikan sarang burung yang digunakan dibersihkan terlebih
01:34dahulu sebelum dicampurkan bersama ramuan cendol.
01:37Proses pertama sekali ialah kita menggunakan air yang disuling, yang bersih, bukan daripada air paip yang disuling dan kita akan
01:48bersihkan dulu bulu-bulunya ataupun habuk-habuk di dalam sarang burung hitam ataupun putih.
01:53dan untuk pemikiran ramuan cendol itu sendiri, maka beberapa bahan kita perlu, contohnya tepung beras, tepung jagung, gula melaka, gula
02:13merah, santan,
02:15santan, sedikit porna yang dibenarkan dan juga pandang.
02:26Lebih membanggakan produk berkenaan turut menerima pengiktirafan apabila memenangi anugerah inovasi makanan pada 11 Julai lalu sempena Borneo Festival of
02:36Idea BFOI 2026.
02:38Pencapaian itu satu langkah positif dalam usaha mengangkat cendol salak daripada warisan makanan tradisional etnik idahan kepada produk inovasi yang
02:47berpotensi dikembangkan sebagai tarikan gastronomi serta produk komersial Sabah.
02:54Terima kasih.
Comments