00:00Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berkaitan tabung haji TH bukan melibatkan persoalan agama atau bangsa, sebaliknya berkait rapat dengan integriti,
00:11accountability dan amanah yang diberikan kepada institusi berkenaan.
00:15Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM, Dato' Muhammad Azam Muhammad Adil berkata, kefahaman yang tepat mengenai isu RCI penting
00:24bagi mengembalikan keyakinan masyarakat khususnya pendiposit terhadap kewibawaan dan kemampanan TH.
00:33Jelasnya TH bukan sekadar sebuah institusi kewangan biasa kerana ia mempunyai kaitan langsung dengan urusan umat Islam menunaikan ibadah haji
00:42yang merupakan rukun Islam kelima.
00:45Yang paling penting sekali adalah kita nak mengembalikan kepercayaan masyarakat dan pendiposit kepada tabung haji. Yang itu yang sangat-sangat
00:53penting kerana tanpa ada kepercayaan, ada trust by the people, by the depositors and also the muslim dan non-muslim
01:00terhadap kewibawaan tabung haji itu maka kita risau dan kita bimbang ia tidak dapat satu kemampanan bagi tabung haji.
01:10Beliau ditemui media selepas program literasi RCI tabung haji anjuran bersama Institut Akbar Malaysia MPI dan IKIM pada Jumaat.
01:20Muhammad Azam menambah program literasi berkenaan merupakan usaha IKIM dan MPI memberikan kefahaman sebenar berhubung isu yang timbul.
01:28Khususnya dari aspek agama, selain memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat mengenai RCI TH, langkah berkenaan turut bertujuan menjelaskan mengenai
01:38sebarang salah laku yang dikenalpasti,
01:40serta tindakan susulan yang telah diambil pihak berkuasa, termasuk dari aspek siasatan dan penguatkuasaan undang-undang.
01:47Sementara itu, Presiden MPI, Datuk Yong Suhiong berkata, sesi literasi berkenaan penting bagi membantu pengamal media memahami isu RCI TH
01:56secara lebih mendalam,
01:59sekaligus membolehkan penjelasan yang tepat disampaikan kepada masyarakat.
02:03Kalau kita turun padang, ini adalah satu langkah yang terbaik. Kalau kita tumpukan kepada kuala rumpur saja ibu pejabat itu,
02:14saya rasa tidak boleh memberikan penjelasan yang berkesan.
02:20Kalau kita turun padang di tempat lain, kalau dengan kerjasama IKIM dan sebagainya, saya rasa ini adalah satu langkah yang
02:31lebih bijak
02:32supaya halayak dan masyarakat akan mengetahui lebih tentang perkara ini yang sangat penting kepada negara dan mereka.
02:42Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka 14 kertas siasatan dan menyerbu serta memeriksa 28 premis.
02:49sebahagian besar di Lembah Kelang berhubung siasatan laporan RCI TH.
Comments