Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV), sebelum merempuh dua motosikal yang diparkir di tepi Jalan Macalister di George Town, pada Khamis.
Transcript
00:00Seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu kenderaan pelbagai guna MPV sebelum merepuh dua motosikal yang diparkir
00:09di tepi Jalan McAllister di Georgetown pada Khamis.
00:12Ketua Polis Daerah Timur Laut SCP Abdul Rozak Mohamad berkata dalam kemalangan yang berlaku di hadapan sebuah restoran itu, mangsa
00:19warga tempatan berusia 36 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
00:26Polis mengesahkan kemalangan itu hanya membabitkan pemandu MPV berkenaan manakala dua motosikal yang terlibat dalam kemalangan dan dilihat dalam video
00:34tular sebenarnya tidak mempunyai penunggang serta berada dalam keadaan diparkir di tepi restoran.
00:40Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HPP dan dipercayai mengalami serangan jantung ketika kemalangan.
00:47Bedah siasat akan dijalankan dalam masa terdekat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.
00:52Beliau berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4-1-1 Akta
01:00Pengangkutan Jalan 1987.
01:03Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 1 minit 52 saat memaparkan kejadian sebuah kereta merempuh dua buah motosikal di
01:11hadapan sebuah restoran yang dipercayai berlaku kira-kira dua petang.
Comments

Recommended