• 4 months ago
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau meletakkan jawatan dan menarik diri daripada Kerajaan Persekutuan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohamad Yusof Abdal hari ini menafikan dawaan kononnya, beliau meletakkan jawatan dan
00:08menarik diri daripada kerajaan persekutuan.
00:11Beliau ketika dihubungi bernama berkata dawaan yang tular di media sosial itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
00:19Yusof menegaskan masih kekal sebagai anggota pentadbiran kerajaan perpaduan dan terus memikul amanah serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.
00:30Beliau berkata penyebaran maklumat palsu seumpama itu bukan sahaja mengelirukan orang awam, malah berniat untuk memburukkan nama baik beliau.
00:38Mohamad Yusof yang juga Ahli Parlimen Lahat Datu daripada parti warisan, turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang
00:47belum disahkan dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta sahih.

Recommended