Skip to playerSkip to main content
Tok siak dan seorang pekerja pembersihan atau 'cleaner' yang pernah tular berhubung dakwaan rogol di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Bukit Piatu, Melaka Jun lalu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Khamis atas pertuduhan percubaan persetubuhan haram.

Tok siak yang berusia 48 tahun dan 'cleaner' berusia 51 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mawardi Che Man.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791892/berita/semasa/tok-siak-dan-cleaner-mengaku-salah-cuba-berzina-dalam-bilik-jenazah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #toksiak

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tok Siak dan seorang pekerja pembersihan atau kliner yang pernah tular berhubung dakwaan rogol di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid
00:08di Bukit Piatu Melaka Jun lalu
00:10mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Kamis atas pertuduhan percubaan persetubuhan haram.
00:17Tok Siak yang berusia 48 tahun dan kliner berusia 51 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim
00:26Mawar di Ceman.
00:27Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan percubaan persetubuhan haram dengan bukan pasangan yang sah di sisi hukum syarak.
00:36Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 hingga 30 April 2026 antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di bilik
00:44pengurusan jenazah masjid berkenaan.
00:47Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
00:53Berdasarkan fakta kes, pada 4 Jun 2026 sekitar jam 4.30 petang, pasangan itu dibawa anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu
01:03Pejabat Polis Kontingen Melaka
01:04ke bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka berkaitan satu laporan polis dibuat tertuduh walita mendakwa menjadi mangsa rogol.
01:14Bagaimanapun selepas siasatan dijalankan, polis mendapati tiada unsur rogol seperti didakwa, sebaliknya perbuatan itu dilakukan secara sukarela dan ia dipercayai
01:24berlaku berulang kali.
01:26Hakim kemudian menjatuhkan hukuman denda maksimum RM5,000 terhadap setiap tertuduh atau penjara 18 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
01:36Terdahulu, Hakim mengambil hampir 30 minit untuk memberi teguran kepada kedua-dua tertuduh.
01:41Dalam tegurannya, Mawardi berkata kesalahan itu adalah serius kerana dilakukan di bilik pengurusan jenazah dalam kawasan masjid.
01:50Beliau turut mengingatkan kedua-dua tertuduh bahawa pada usia mereka, sepatutnya masjid menjadi tempat untuk mendekatkan diri kepada agama, bukan
01:58mencemarkan imej diri serta institusi masjid.
02:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended