00:00Pulau Iturub di Kepulauan Kuril yang turut dituntut Jepun menjadi lokasi lawatan Presiden Rusia Vladimir Putin.
00:08Lawatan itu mencetuskan bantahan Tokyo dan menunjolkan kembali pertikaian wilayah yang berlanjutan sejak Perang Dunia Kedua.
00:17Menurut media Rusia, Putin melawat Iturub, salah satu pulau dalam rangkaian Kepulauan Kuril yang terletak berhampiran Hokkaido, Jepun.
00:25Lawatan itu berlangsung sehari selepas Rusia mengadakan latihan ketenteraan laut berskala besar manakala Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik.
00:35Media antarabangsa melaporkan kunjungan itu merupakan lawatan pertama Putin secara fizikal Kepulauan berkenaan.
00:42Moskow dan Tokyo sehingga kini masih belum menandatangani perjanjian damai rasmi selepas Perang Dunia Kedua akibat pertikaian terhadap Kepulauan itu
00:51yang dikenali Jepun sebagai wilayah utara.
00:53Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi melahirkan bantahan terhadap lawatan tersebut dan menegaskan Pulau Iturub merupakan wilayah sah Jepun berdasarkan sejarah
01:04serta undang-undang antarabangsa.
01:06Lawatan Putin itu turut berlaku di tengah peningkatan ketegangan serantau susulan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara menjelang latihan ketenteraan
01:15bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Comments