00:00Platform fesyen dalam talian Shein kalah dalam saman hak cipta terhadap pesaingnya Temu di Mahkamah London.
00:08Keputusan itu menjadi perkembangan terkini dalam pertikaian undang-undang antara dua gergasi e-dagang yang bersaing sengit di pasaran global.
00:19Mahkamah di London menolak tuntutan Shein yang mendakwa temu melanggar hak cipta dengan menggunakan gambar produknya untuk mengiklankan barang dijual
00:28di platform berkenaan.
00:30Dalam masa sama, Mahkamah membenarkan tuntutan balas Temu memohon ganti rugi susulan tindakan menurunkan beberapa iklan produk akibat perintah injuksi
00:39yang diperoleh Shein sebelum ini.
00:41Kes itu menandakan pusingan pertama pertikaian undang-undang antara kedua-dua syarikat di United Kingdom.
00:49Jurucakap Shein menyatakan syarikat itu terkejut dengan keputusan berkenaan dan berpendapat ia tidak memberikan perlindungan yang wajar kepada pemegang hak
00:57cipta dalam talian.
00:58Temu bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen segera berhubung keputusan Mahkamah itu.
01:04Ketika perbicaraan bermula pada Mei lalu, Shein mendakwa temu melakukan pelanggaran hak cipta secara besar-besaran dengan menggunakan gambar miliknya
01:12untuk mempromosikan produk yang didakwa meniru rekaan jenama tersebut.
01:18Temu yang dimiliki oleh PDD Holdings menafikan dawaan itu dan berhujah bahawa tindakan undang-undang tersebut digunakan bagi menghalang persaingan.
01:27Satu lagi tuntutan balas oleh Temu berkaitan dawaan pelanggaran undang-undang persaingan oleh Shein dijadualkan dibicarakan pada tahun depan.