• 3 months ago
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan kesemua perwira elit itu ditemukan kapal TLDM selepas terapung di perairan berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Enam anggota pasukan khas Laut Paskal ditemukan selamat selepas tersasar daripada lokasi pendaratan ketika menjalani latihan terjun bebas di perairan
00:09Laut Cina Selatan pada Rabu.
00:11Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM memaklumkan kesemua perwira elit itu ditemukan kapal TLDM selepas terapung di perairan berkenaan.
00:20Menurut kenyataan TLDM pada Khamis, kegagalan mendarat di lokasi ditetapkan berpunca daripada faktor perubahan cuaca secara tiba-tiba sehingga menjejaskan
00:31jarak penglihatan penerjun.
00:33Uja kenyataan ia membuktikan keberkesanan latihan berterusan dan realistik paskal dalam mempersiapkan anggota menghadapi situasi luar jangka.
00:43Tambah kenyataan selain kemahiran tempur, latihan intensif itu terbukti memupuk ketahanan diri tinggi, disiplin serta keupayaan ikhtiar hidup dalam situasi
00:54ekstrim selaras dengan slogan sentiasa yang terbaik.
00:58TLDM maklumkan pihaknya komited dalam memastikan keseimbangan antara aspek kesiapsiagaan tempur dan keselamatan anggota demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa
01:09terpelihara.
Comments

Recommended