00:00Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia-Maritim Malaysia dijangka menerima tiga lagi helikopter AW189 pada Disember ini.
00:08Ia sekaligus menjadikan keseluruhan aset udara agensi itu meningkat kepada sembilan buah.
00:14Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata helikopter itu merupakan sebahagian daripada perolehan empat buah AW189
00:23bernilai RM529 juta dengan sebuah daripadanya diserahkan kepada Maritim Malaysia pada Khamis.
00:33Menurutnya lima aset udara sedia ada Maritim Malaysia terdiri daripada helikopter AW139
00:39manakala penambahan AW189 menjadikan jumlah aset udara ketika ini kepada enam buah.
00:46Katanya pertambahan aset perkenaan penting bagi membantu Maritim Malaysia
00:51mengawasi zon Maritim Malaysia yang meliputi kawasan seluas 556,285 km persegi.
01:00Katanya selain daripada aset laut yang biasa, radar, kapal, drone, bot satu elemen yang penting untuk Maritim Malaysia
01:08adalah untuk tujuan surveillance udara, fungsi search and rescue, operasi khas dan pelbagai bentuk tugasan lain.
01:16Kawasan perairan negara berdepan pelbagai ancaman termasuk pencerobohan layan asing, kemasukan kapal asing, penyelidupan senjata,
01:25dadah dan barangan telarang serta penyelidupan manusia.
01:29AW189 mempunyai keupayaan lebih baik berbanding aset udara sedia ada khususnya dari segi tempoh penerbangan, kelajuan dan kapasiti muatan.
01:38Saifuddin berkata pembangunan kapasiti anggota turut diberi perhatian bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran mencukupi untuk mengendalikan aset baru berkenaan.
Comments