00:00Pertama kembali, Angkatan Muda Keadilan AMK menegaskan kekalahan dalam beberapa siri pilihan raya negeri PRN lalu perlu dilihat dengan keberanian
00:09dan dijadikan cermin muhasabah, bukannya alasan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, khususnya rakyat.
00:17Ketua AMK Mohamad Kamil Abdul Munim berkata keputusan pilihan raya tersebut merupakan isyarat jelas sebahagian masyarakat masih belum yakin dengan
00:26naratif serta penyelesaian dasar ditawarkan oleh Parti Keadilan Rakyat PKR.
00:34Rakyat tidak berhutang undi kepada mana-mana parti. Kitalah yang berhutang penjelasan kepada rakyat.
00:41Kita harus bertanya mengapa sebahagian mereka masih belum yakin kepada kita.
00:48Mengapa politik prestasi belum cukup mengatasi politik ketakutan.
00:54Kita harus mengakui bahawa lawan kita berjaya membina naratif yang mudah.