Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Sambutan Hari Malaysia 2026 ditetapkan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Transcript
00:00Sambutan Hari Malaysia 2026 ditetapkan berlangsung di Borneo Convention Center Kuching, BCCK, Sarawak.
00:08Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadda berkata pemilihan itu dibuat bersesuaian dengan kapasiti ruang yang diperlukan.
00:16Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat pertama persiapan sambutan pada Isni Lepas yang juga dihadiri
00:21Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
00:27selaku pengerusi bersama Sambutan Hari Malaysia tahun ini.
00:30Beliau berkata perancangan Sambutan Hari Malaysia berjalan lancar dengan mesyuarat seterusnya
00:35dijadualkan pada 24 Ogos ini bagi memperincikan persiapan sambutan berkenaan.
00:41Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad memberi komitmen menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam 24 jam
00:47bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini.
00:52Katanya langkah itu merupakan penambahbaikan berbanding sebelum ini dan diharap dapat memudahkan
00:56orang ramai hadir ke Putrajaya serta pulang selepas program sambutan selesai.
Comments

Recommended