00:00Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank NUBE memberi tempoh tiga minggu kepada Perdana Menteri Datuk Seriano Ibrahim
00:06untuk campur tangan dalam pertikaian perusahaan yang didakwa berlarutan hampir tiga tahun.
00:13NUBE yang mewakili antaranya Pekerja Bank kategori B40 dan M40 mahu pihak berkaitan dipanggil berunding dengan ahli kesatuan
00:20untuk menyelesaikan isu penyelarasan gaji dan bantuan perayaan.
00:27Himpunan menyaksikan hampir seribu ahli NUBE daripada pelbagai bank di seluruh negara berhimpun di harapan Pejabat Perdana Menteri Putrajaya pada
00:35Sabtu.
00:37Naib Presidennya Mohd Faisal Husin berkata kehadiran mereka adalah untuk mendesak campur tangan Perdana Menteri
00:43selepas pertikaian berkenaan didakwa masih belum diselesaikan.
00:47Antara isu yang dibangkitkan ialah tuntutan bantuan perayaan bersamaan sebulan gaji
00:52serta penyelarasan gaji yang menurut NUBE masih belum mencapai penyelesaian.
00:58Sebelum ini menerusi akaun media sosialnya NUBE menyatakan lebih 2,100 ahlinya telah menghantar email kepada Perdana Menteri
01:05berhubung tuntutan bantuan perayaan berkenaan.
01:08Kesatuan itu turut menyatakan bantuan bersamaan sebulan gaji bagi tahun 2024 hingga 2026
01:15masih belum dibayar oleh 17 bank termasuk bank berkaitan kerajaan.
01:22NUBE kini memberi tempoh 3 minggu kepada Perdana Menteri untuk memanggil pihak bank berunding bagi mencari penyelesaian.
01:30Sebagai Perdana Menteri, panggil pihak-pihak bank untuk berunding dan selesaikan isu yang sudah hampir 3 tahun.
01:39Jadi jika benda ini berterusan, kami akan berterusan untuk melakukan perkara yang sama.
01:45Muhammad Faisal turut memaklumkan hampir 300 ahlinya digantung kerja melibatkan 4 syarikat bank.
01:52Susulan aktiviti kesatuan hanya kerana memakai lencana tertera tulisan bank tipu kita.
01:59Difahamkan sebahagian yang digantung menerima gaji penuh namun ada yang menerima gaji separuh sepanjang tempoh penggantungan.
02:07Bagaimanapun beliau tetap khawatir sekiranya penggantungan berterusan tanpa memihak kepada ahli kesatuan,
02:12ia boleh membawa kepada tindakan yang lebih berat.
02:17Gantung dengan gaji yang penuh tapi penggantungan itu until further notice mungkin akan pergi ke peringkat yang lebih tinggi.
02:24Ini adalah satu bentuk ugutan.
02:27Ugutan untuk menakut-nakutkan supaya rakyat ada hak untuk bersuara tetapi diugut dengan cara yang salah.
02:36NUBE turut memaklumkan sebuah memorandum telah diserahkan kepada situsah sulit kanan kepada Perdana Menteri Aznur Hafiz Khaswuri.
02:44Menerusi memorandum itu, NUBE menyatakan ia mewakili kira-kira 15,000 pekerja bank
02:49yang memohon campur tangan Perdana Menteri berhubung hak dan kebajikan mereka.
02:55Kesatuan itu turut menyenaraikan 14 perkara yang didakwa sebagai isu penganiayaan dan amalan buruh paksa
03:01dalam industri perbankan untuk diberi perhatian.
03:05Dalam memorandum sama, NUBE menyatakan penyelesaian melalui perbincangan masih menjadi keutamaan.
03:11Namun menegaskan akan terus mempertahankan hak dan kepentingan ahlinya melalui saluran yang sah.
03:18Himpunan aman yang bermula sekitar jam 10 pagi berakhir pada jam 12 tengah hari
03:22dengan kawalan pasukan keselamatan PDRM dan Perbadanan Putrajaya.
03:27Terima kasih telah menonton!