00:00Perintah Rehman terhadap seorang pengurus syarikat perkhidmatan keuangan dan korporat
00:03disambung tiga hari lagi bermula esok untuk membantu siasatan kes
00:08mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu
00:10untuk mendapatkan pengurangan cukai bernilai kira-kira RM200 juta.
00:16Perintah Rehman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu
00:19dikeluarkan oleh Magistret Ilya Syahidah Muhammad Razif
00:22selepas menerima permohonan daripada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia
00:26di Mahkamah Magistret Putrajaya hari ini.
00:31Temporehman lelaki berkenaan selama tiga hari yang bermula Kamis lepas berakhir hari ini.
00:36Media sebelum ini melaporkan berdasarkan siasatan awal
00:39lelaki itu disyaki memanipulasi kira-kira 480 akaun syarikat
00:44menggunakan dokumen palsu berkenaan bagi tempoh antara 2018 hingga tahun ini.
00:49Dia juga dipercayai memberi rasuah kepada pegawai sebuah agensi penguatkuasa
00:54bagi melicinkan kegiatannya selain dipercayai mengumpul kekayaan luar biasa
00:59melalui aktiviti berkenaan.
01:00Hasil siasatan lanjut, SPRM telah menggeledah 12 lokasi termasuk
01:05premis pejabat dan kediaman lelaki itu.
01:07Menerusi operasi itu, SPRM menyita 25 kenderaan mewah
01:11yang dianggarkan bernilai kira-kira RM25 juta
01:14selain membekukan 7 akaun bank terdiri daripada 4 akaun peribadi
01:18dan 3 akaun syarikat dengan nilai keseluruhan kira-kira RM3 juta.
01:22Ketua Pesuruh Jaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman ketika dihubungi
01:27mengesahkan mengenai sambungan reman itu dan memaklumkan kes disiasat
01:31mengikut Session 16 Akta SPRM 2009.