Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Penerbangan flydubai menuju Israel bertukar cemas apabila seorang pembantu juruterbang didakwa cuba merampas kawalan pesawat dengan menyerang juruterbang utama menggunakan kapak kecemasan.
Transcript
00:00Peguam Negara Emiriyah Arab Bersatu UAE hari ini mendedahkan
00:03Pembantu Juruterbang Penerbangan Fly Dubai FZ-1073
00:08yang dalam jalanan ke Israel
00:10cuba melakukan serangan pengganas sewaktu penerbangan itu.
00:14Peguam Negara UAE Ahmad Saif Al-Syamsi berkata
00:16siasatan awal ke atas insiden itu menemukan tindakan pembantu juruterbang
00:20adalah cubaan melakukan keganasan.
00:25Kenyataan Peguam Negara UAE itu merupakan yang pertama
00:29daripada pihak berkuasa UAE yang menyifatkan insiden tersebut
00:33sebagai cubaan serangan pengganas.
00:35Satu sumber memberitahu Reuters bahawa pembantu juruterbang tersebut
00:39dikenalpasti sebagai Hamam Al-Hamami, seorang warga Oman.
00:44Manakala sumber kedua yang dimaklumkan mengenai siasatan
00:47turut mengesahkan nama pembantu juruterbang itu.
00:50Pihak berkuasa UAE tidak memberikan respons segera
00:53terhadap permintaan Reuters untuk mengesahkan identiti itu.
00:57Walaupun pihak berkuasa Emiriyah tidak mendedahkan
01:00identiti pembantu juruterbang itu secara terbuka,
01:03pegawai Israel sebelum ini menyatakan beliau merupakan warga Oman.
01:07Pihak berkuasa UAE itu menyatakan bahawa pembantu juruterbang tersebut
01:11menyerang juruterbang di dalam kokpit menggunakan kapak kecemasan
01:15dan cuba mengambil alih kawalan pesawat.
01:17Kapak kecemasan biasanya disimpan di dalam kokpit
01:20untuk digunakan semasa kecemasan seperti nahas.
01:23Beliau menambah siasatan yang diketuai UAE sedang dijalankan
01:27bagi menentukan karan sebenar insiden, motif dan sebarang kaitan
01:32serta untuk meneliti bukti fizikal dan digital.
01:34Terima kasih telah menonton!

Recommended