Skip to playerSkip to main content
  • 28 minutes ago
Singapura memperkukuh perlindungan dan pengawasan manusia terhadap AI menerusi pertahanan siber, had keupayaan serta pemantauan berterusan.
Transcript
00:00Singapura memperkukuh langkah pelindungan terhadap kecerdasan buatan AI ketika teknologi itu menjadi semakin berupaya dan bergerak secara otonomi.
00:10Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura, Josephine Thieu berkata,
00:15kemajuan pesat AI menimbulkan kebimbangan mengenai risiko yang mungkin tercetus termasuk dalam kalangan pembangunan teknologi terkemuka.
00:25Menurutnya, semakin besar potensi kesan sesuatu tindakan berteraskan AI, semakin kukuh pelindungan dan pengawasan manusia yang diperlukan.
00:33Langkah itu menjadi lebih penting apabila model AI diintegrasikan ke dalam sistem dalaman dan diberikan akses kepada data, peralatan serta
00:41proses organisasi.
00:43Singapura baru-baru ini menyertai gesaan dipimpin Norway dan Finland bagi menuntut pelindungan lebih kukuh terhadap model AI termaju.
00:50Thieu menegaskan satu lapisan perlindungan sahaja tidak mencukupi untuk menangani penyalahgunaan yang disengajakan atau tindakan tidak terkawal oleh AI autonomi.
Comments

Recommended