00:00Rakyat disaran untuk memanfaatkan aplikasi Price Catcher yang disediakan secara percuma untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan keperluan.
00:09Dato' Fahmi Fadil berkata aplikasi itu membolehkan pengguna mengenalpasti premis yang menawarkan harga yang lebih berpatutan, termasuk kedai yang mungkin
00:17berada sedikit jauh dari kediaman mereka.
00:22Sekarang antara app yang paling membantu rakyat ialah app Price Catcher yang disediakan secara percuma oleh pihak KPTN.
00:31Saya telah menyarankan supaya semua memanfaatkan muat turun app ini untuk mencari barang pada harga yang paling menepati keperluan masing
00:43-masing.
00:43Dan kadangkala kita tak tahu ada kedai di belakang rumah kita yang lebih dekat, mungkin harganya lebih tinggi, ada kedai
00:51yang mungkin jauh sedikit tapi harganya jauh lebih murah.
00:54Dalam perkembangan sama, Fahmi turun menggalakkan rakyat memanfaatkan aplikasi MyGOV Malaysia, sebuah super app kerajaan yang dibangunkan Jabatan Digital Negara
01:04di bawah Kementerian Digital.
01:06Aplikasi berkenaan menghimpunkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan kerajaan daripada pelbagai kementerian dalam satu platform.
01:13Terima kasih kerana menonton!
Comments