Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim memangku tiga portfolio utama dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu.
Transcript
00:00Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Ismail Lasim, memangku tiga portfolio utama dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO yang
00:08baharu.
00:09Beliau berkata carangan untuk mewujudkan jawatan timbalan EXCO negeri yang dikemukakan sebelum ini tidak diteruskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai
00:19pihak serta keperluan semasa pentadbiran negeri.
00:24Beliau juga mengekalkan jumlah 10 EXCO iaitu sama dengan struktur terdahulu.
00:30daripada 8 wakil barisan nasional dan 2 wakil perikatan nasional.
00:34Mengulas mengenai jawatan speaker dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri DUN, Ismail berkata pelantikan kedua-dua jawatan itu akan dimuktamadkan
00:43di persidangan DUN pada Oktober nanti.
00:46Kali ini tak ada EXCO kanan, EXCO duduk sebelah kanan ada, EXCO kanan tak ada.
00:52dan timbalan EXCO pun kita dah fikir-fikirkan.
00:56Lagi itu saya beritahu, saya dah mempertimbangkan dan saya dah berbincang dengan Presiden Parti saya lah.
01:07Tidak ada keperluan untuk timbalan EXCO.
01:10Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis mengangkat sumpah EXCO Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
01:18Dalam pada itu katanya, Kerajaan Negeri juga bakal melantik seorang pemimpin masyarakat India daripada MIC sebagai pegawai bertaraf EXCO di
01:27bawah Pejabat Menteri Besar.
01:28Langkah itu bagi memastikan penglibatan serta suara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini terus diberi ruang sesualan tiada wakil masyarakat
01:37India dalam barisan EXCO yang mengangkat sumpah.
01:40Katanya pelantikan secara pentadbiran di bawah pihak berkuasa negeri itu akan diputuskan dalam mesyuarat EXCO selepas pihak pimpinan MIC mengemukakan
01:49calon yang sesuai.
01:50Selain itu katanya, Kerajaan Negeri turut mempertimbangkan pelantikan seorang pegawai khas masyarakat orang asli yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri
02:00Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 31 Julai lalu.
Comments

Recommended