00:00Empat pemilik syarikat berbeza dihadapkan ke mahkamah di atas 30 pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi penyataan palsu bagi tuntutan insentif di
00:10bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkiso 2 tahun lalu.
00:16Bagaimanapun keempat-empat tertuduh iaitu Nioh Wili, 50 tahun, Pua Ailing, 45 tahun, Wong Junhong, 40 tahun dan Goh Chi
00:26Wai, 43 tahun mengaku tidak bersalah ke atas kesemua pertuduhan ke atas mereka di mahkamah Session 2 di Georgetown pada
00:35Khamis.
00:35Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Akta 694 yang boleh dihukum di bawah Seksyen
00:4524 Kurungan 2 Akta Sama.
00:49Tertuduh Wili yang kini bekerja sebagai kerani menghadapi 21 pertuduhan iaitu sebagai pemilik kepada 4 syarikat.
00:56Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menipu ejen Perkiso dengan mengemukakan borang pengesahan pekerja Program Daya Kerjaya 2.0 Perkiso atas nama
01:064 syarikat itu yang dilampirkan di dalam permohonan tuntutan insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0 Perkiso.
01:14Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Golden One Stop Services, D1 Solution, SU Wish Enterprise dan Century SS Solution antara
01:2410 April 2024 hingga 26 Ogos 2024.
01:28Tertuduh dibenar ikat jamin RM28,000 dengan seorang penjamin.
01:33Sementara itu, Ailing yang merupakan pemilik syarikat Great Solutions Management turut menghadapi satu pertuduhan bagi kesalahan sama pada 31 Julai
01:432024.
01:45Jun Hong yang merupakan pemilik syarikat JH Food Court pula menghadapi dua pertuduhan sama.
01:51Sementara itu, Chi Wai yang merupakan pemilik syarikat Tojeda Enterprise Sendiran Berhad pula menghadapi enam pertuduhan sama yang dilakukan antara
01:591 Mac 2024 hingga 15 April 2024.
02:03Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi Ailing, Jun Hong dan Chi Wai.
Comments