00:00Demi mengejar kepuasan berlumba dan menunjuk-nunjuk, ada penunggang yang sanggup berhabis sehingga RM25,000 untuk mengubah suai motosikal secara
00:10ekstrim.
00:11Kegiatan itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menerusi Op Ekstrim yang digerakkan selama dua hari di Ibu Negara bermula Sabtu.
00:20Pengarah kanan penguatkuasa JPJ, Dato' Muhammad Kifli Mahasan berkata sebanyak 443 motosikal telah diperiksa dengan 376 motosikal diambil tindakan.
00:34Menurutnya, JPJ turut mengeluarkan 1,093 notis merangkumi 953 notis JPJ P2 dan 140 notis 64, manakala 140 motosikal antaranya
00:49jenis Yamaha Y162R, Yamaha 152R dan Yamaha 125Z disita untuk tindakan lanjut.
00:58Operasi berkenaan merekodkan 457 kesalahan teknikal antaranya pengubah suaian tanpa kelulusan, melibatkan sistem brake dan tayar, nombor pendaftaran tidak mengikut
01:10spesifikasi, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta kesalahan berkaitan lesen memandu.
01:18Dalam pada itu, Muhammad Kifli berkata, JPJ telah melaksanakan 441 operasi melibatkan pemeriksaan terhadap 68,528 motosikal dalam op ekstrim
01:31di seluruh negara bermula Januari hingga 10 Ogos lalu.
01:35Daripada jumlah itu, 18,534 motosikal telah diambil tindakan, 30,846 notis JPJ P2 dikeluarkan dan 1,992 motosikal disita.
Comments