Skip to playerSkip to main content
Mahkamah Sesyen Seremban menetapkan 15 hingga 17 Februari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan penuh kes aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin yang didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan Institusi Diraja Negeri Sembilan di akaun media sosial miliknya, Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Hakim, Tasnim Abu Bakar menetapkan tarikh berkenaan selepas Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan selepas memaklumkan serahan dokumen telah dibuat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791705/berita/semasa/kes-chegubard-buat-hantaran-hasutan-ditetapkan-15-hingga-17-februari-tahun-depan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesaktahasutan #chegubard #Seremban
Transcript
00:00Mahkamah Session Sremban menetapkan 15 hingga 17 Februari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan penuh
00:08kes aktivis politik Badrul Hisham Syaharin yang didakwa menerbitkan penerbitan menghasut
00:14berkaitan institusi diraja Negeri Sembilan di akaun media sosial miliknya Mei lalu.
00:22Hakim Tasnim Abu Bakar menetapkan tarikh berkenaan selepas pengarah pendakwaan Negeri Sembilan
00:28Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah memohon Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan
00:34selepas memaklumkan serahan dokumen telah dibuat.
00:39Peguam Muhammad Hanif Hassan yang mewakili tertuduh mengesahkan pihaknya telah menerima satu set dokumen
00:45yang antaranya mengandungi rakaman percakapan tertuduh, gambar tempat kejadian dan akaun media sosial tertuduh.
00:53Beliau turut menjelaskan pihaknya tiada bantahan terhadap tarikh perbicaraan yang ditetapkan
00:59namun akan memasukkan representasi untuk perhatian dan pertimbangan pihak pendakwaan
01:05selepas meneliti dokumen yang diterima.
01:09Pihak pendakwaan kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka bercadang
01:13memanggil 8 saksi sepanjang perbicaraan.
01:18Mahkamah menetapkan 15 Januari sebagai tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan penuh
01:23pada 15 hingga 17 Februari pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
01:30Pada 25 Jun lalu, Badrul Hisham atau dikenali sebagai Cikgu Bat, 48 tahun,
01:36mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.
01:39Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan pada jam 8.30 malam
01:44di Jalan Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada 26 Mei lalu.
01:50Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4,
01:54Kurungan 1, Kurungan C, Akta Hasutan 1948
01:58yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4, Kurungan 1, Akta Sama.
Comments

Recommended