Skip to playerSkip to main content
Empat penghuni sebuah pusat jagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu kerana didakwa membunuh dan menyebabkan kematian seorang lagi penghuni di Tanjung Rambutan minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Tertuduh, Ahmad Faiz Mohd Rauhi, 35, Zaid Shaari, 50, Radzuan Suboh, 55, dan Abdul Halim Mohd Niza, 47, hanya mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791722/berita/semasa/empat-penghuni-pusat-jagaan-tanjung-rambutan-didakwa-bunuh-penghuni-lain

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Penghuni #TanjungRambutan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Empat penghuni sebuah pusat jagaan dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Ipoh pada Rabu kerana didakwa membunuh dan menyebabkan kematian seorang lagi
00:09penghuni di Tanjung Rambutan minggu lalu.
00:11Tertuduh Ahmad Faiz Muhammad Rauhi, 35 tahun, Zaid Sha'ari, 50 tahun, Radzuan Suboh, 55 tahun dan Abdul Halim Muhammad
00:21Nizza, 47 tahun, hanya mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Magistrat Nurizan Ridwan.
00:28Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:35Mengikut pertuduhan, Ahmad Faiz didakwa membunuh Muhammad Fauzir Hussein, 54 tahun, seorang penghuni di pusat jagaan bakti Jalan Bunga Cempaka,
00:45Taman Congkui, Tanjung Rambutan dalam daerah Kinta antara jam 5 petang hingga 5.41 petang pada 4 Ogos 2026.
00:53Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40
01:04tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.
01:11Sementara itu, Zaid Radzuan dan Abdul Halim didakwa bersama-sama melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Muhammad Fauzir.
01:20Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 Kurungan A Kanun Keseksaan.
01:28Dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
01:37Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Zaris Sofia Zainuddin manakala kesumber tertuduh tidak diwakili peguam.
01:44Mahkamah menetapkan 11 September depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen termasuk laporan perubatan dan bedah siasat selain memerintahkan
01:53Abdul Halim menjalani pemeriksaan psikiatri.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended