00:00Padah menunjukkan kemaluan kepada wanita warga emas,
00:04seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan
00:07dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Magistrit Seremban pada Jumaat.
00:12Magistrit Nurul Sakinah Rosli menjatuhkan hukuman berkenaan
00:16terhagap Muhammad Syahmi Mohad M. Jalil, 30 tahun,
00:20selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
00:23Tertuduh turut berdepan hukuman penjara tambahan 4 bulan
00:26sekiranya gagal menjelaskan denda.
00:29Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan tersebut
00:32kepada seorang wanita berusia 75 tahun di Kampung Baru Mambau
00:37pada 31 Julai 2026.
00:40Berikutan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan
00:43yang boleh dihukum di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
00:48Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun
00:52atau dengan denda atau kedua-duanya.
00:54Mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara
00:57bermula daripada tarikh tangkapan.
00:59Selain itu, tertuduh mengaku tidak bersalah
01:02atas perbuatan sama terhadap seorang wanita berusia 71 tahun
01:06di tepi jalan Kampung Baru Mambau 1 pada 3 Ogres 2026.
01:11Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin
01:15serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa
01:18dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
01:21Sebutan semula kes 18 September depan.
Comments