Skip to playerSkip to main content
Seorang wanita dihantar ke Penjara Pokok Sena selepas Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu tidak membenarkan jaminan terhadapnya yang mengaku salah menganjurkan kumpulan wang kutu membabitkan 52 peserta tanpa kebenaran, apor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Tertuduh, Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, didakwa melanggar Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791719/berita/semasa/wanita-mengaku-salah-anjur-kutu-libatkan-52-peserta-kerugian-lebih-rm1-juta

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #keskumpulanwangkutu #ibukutudipenjara
Transcript
00:00Seorang wanita dihantar ke penjara pokok senar selepas Mahkamah Session Alur Setar pada Rabu tidak membenarkan jaminan terhadapnya yang mengaku
00:09salah menganjurkan kumpulan wang kutu membabitkan 52 peserta tanpa kebenaran.
00:17Tertuduh Siti Zulaikah Ahmad Sabri, 36 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarmila Abdul Samad.
00:26Mahkamah kemudian menetapkan 22 September depan untuk sebutan hukuman dan serahan fakta kes.
00:34Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang peniaga dan beralamat di sebuah kampung terletak di Bukit Kayu Hitam, Changlun, didakwa menganjurkan
00:43kumpulan wang kutu antara Julai 2025 hingga Julai 2026.
00:49Kumpulan wang kutu berkenaan membabitkan 52 peserta berusia antara 24 hingga 62 tahun yang masing-masing dikehendaki membuat bayaran tunai
01:01kepada kumpulan tersebut.
01:02Perbuatan itu didakwa melanggar Seksyen 3 Akta Kurungan Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971 Kurungan Akta 28.
01:13Pada proseding itu, timbalan pendakwa raya Muhammad Fahmi Kamaluddin dan Vachira Wang Riefen memohon mahkamah menetapkan jaminan RM100,000 selain
01:23mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
01:27Pendakwaan memaklumkan permohonan tersebut dibuat berikutan jumlah kerugian yang dialami mangsa dipercayai mencecah kira-kira RM1,000,000.
01:36Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan dia kemudiannya ditempatkan di penjara pokok sena sementara menunggu proseding seterusnya pada 22
01:46September depan.
01:47Sebelum ini, media melaporkan pasangan suami-isteri yang dilaporkan hilang bersama anak mereka sejak 20 Julai lalu ditahan reman selama
01:57empat hari selepas menyerah diri bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan Wang Kutu.
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended