Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan Majlis Peguam terhadap Mahkamah Tinggi yang memutuskan menolak permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Transcript
00:00Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Rayuan Majlis Peguam yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan semakan kehakiman terhadap pengurangan hukuman Dato'
00:09Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
00:12Penal 3 Hakim yang diketuai Hakim Dato' Lim Chong Fong memaklumkan, Mahkamah memerlukan masa untuk meneliti hujahan semua pihak sebelum
00:21menetapkan keputusan.
00:24Pengurusan kes ditetapkan pada 7 Ogos depan bagi menentukan tarikh penyampaian keputusan.
00:31Majlis Peguam berhujah keputusan Lembaga Pengampunan boleh dicabar melalui semakan kehakiman kerana permohonan itu menyasarkan keputusan Lembaga berkenaan, bukannya kuasa
00:41yang dipertuan agung.
00:42Bagaimanapun pihak Peguam Negara menegaskan, kuasa pengampunan di bawah perkara 42 Perlembagaan Persetuan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman, sekaligus menjadikan
00:53proses yang membawa kepada keputusan itu juga tidak boleh dicabar di mahkamah.
00:58Pada November tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman.
01:05Majlis Peguam memohon supaya keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada 6 tahun serta denda
01:15daripada RM210 juta kepada RM50 juta diisytiharkan tidak sah dan terbatal.
01:21Najib kini menjalani hukuman di penjara Kajang selepas disabitkan menyelewing dana SRC International Sendirian Berhad sebanyak RM42 juta.
Comments

Recommended