Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Hong Leong Investment Bank menjangkakan Perodua dan Proton akan terus memacu pertumbuhan sektor automotif tempatan pada separuh kedua 2026, disokong permintaan kukuh terhadap model mampu milik serta peningkatan jualan kenderaan elektrik dan hibrid.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengeluar kenderaan tempatan Peredua dan Proton dijangka terus mengekalkan momentum jualan pada separuh kedua tahun ini.
00:08Jangkaan itu disandarkan kepada prestasi kukuh kedua-dua syarikat serta permintaan yang kekal meberangsangkan dalam pasaran tempatan.
00:18Hong Leong Investment Bank atau HLIB menyatakan pengeluar peralatan tulen tempatan dijangka terus mencatat prestasi positif
00:27berbeza dengan OEM bukan tempatan yang masih berdepan tekanan akibat persaingan harga yang semakin sengit.
00:35Bank pelaburan itu mengekalkan saranan overweight terhadap sektor automotif disokong oleh kedudukan pasaran yang kukuh bagi Peredua dan Proton.
00:46Menurut HLIB, Peredua dijangka mampu mengekalkan jumlah jualan pada 2026 berikutan penguasaannya dalam segmen kenderaan mampu milik dan peringkat permulaan.
00:56Proton pula mencatat pertumbuhan jualan yang meberangsangkan dipacu oleh permintaan tinggi terhadap model Saga Baharu
01:04serta kenderaan elektrik dan hybrid plug-in yang ditawarkan pada harga mampu milik.
01:10Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Automotif Malaysia atau MAA melaporkan jumlah keseluruhan industri automotif meningkat 5% kepada 73,615 unit
01:24pada Julai 2026 berbanding 70,057 unit dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
01:30Peningkatan itu disokong oleh pertambahan pengeluaran dan jualan kenderaan secara bulanan mencerminkan daya tahan pasaran automotif tempatan.
Comments

Recommended