Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pihaknya menerima maklumat risikan bahawa sebuah kapal yang belayar dari Sarawak, Malaysia melalui Laut Andaman dipercayai membawa dadah ke Indonesia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa Indonesia merampas kira-kira 2.6 tanca cahaya yang disyaki metafetamin selepas memintas sebuah kapal berdaftar di Tanzania
00:10di perairan wilayah Riau dan menahan 10 kru warga Myanmar.
00:15Badan Narkotika Nasional BNN Indonesia memaklumkan bahan yang disyaki itu ditemui dalam 8 tong drum berkapasiti 200 liter dan sebuah
00:27tangki air berkapasiti 1,000 liter di atas MV Ocean Portal.
00:33Kapal tersebut dipintas pasukan penguatkuasa gabungan kira-kira 6 petang waktu tempatan pada 17 Ogos di perairan Tanjung Parit, Bengkalis.
00:42Menurut agensi itu, di laman sosial medianya, pemeriksaan lanjut terhadap bahan itu sedang dijalankan.
00:49Operasi membabitkan BNN Direktorat Amkastam dan eksais serta polis wilayah Kepulauan Riau itu dilancarkan hasil maklumat risikan bahawa dadah akan
00:59dibawa dari Sarawak, Malaysia ke perairan Indonesia.
01:03Kapal itu berdaftar di Tanzania dan kesemua 10 kru adalah warga Myanmar. Kesemua kru terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.
01:12Kapal itu kemudian ditunda ke pangkalan kustom dan eksais di Karimun.
01:17Pemeriksaan menggunakan anjing penghidu serta peralatan pengesan dadah menemukan cecair yang disyaki metafitamin itu.
01:24BNN memaklumkan siasatan turut mendapati identiti kapal berkenaan dipercayai telah ditukar daripada MV Rain Marker kepada MV Ocean Porter sebagai
01:34sebahagian daripada mondus operandi rangkaian penyelupan dadah itu.
01:38Selain itu kira-kira 1.57 juta batang rokok haram dari China yang tidak mempunyai setem eksais Indonesia turut ditemukan
01:46di dalam sebuah kontena sepanjang 40 kaki.
Comments

Recommended