Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Pendekatan lebih menyeluruh diperlukan termasuk memastikan platform digital mengamalkan konsep keselamatan sejak peringkat reka bentuk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Larangan media sosial sahaja belum memadai untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko di ruang digital.
00:07Pakar Pelindungan Kanak-kanak UNICEF Malaysia, Salvi Supramaniam berkata,
00:11kanak-kanak masih boleh mencari platform lain yang tidak mempunyai sekatan sama,
00:17sekaligus menyukarkan usaha memastikan keselamatan mereka.
00:23Menurutnya pendekatan lebih menyeluruh diperlukan termasuk memastikan platform digital
00:28mengamalkan konsep keselamatan sejak peringkat reka bentuk.
00:32This is why we're going back to again, a chance responsibility for industry,
00:38they take the safety by design approach.
00:41So if there's regulation laws to make them, or even voluntarily for them,
00:49some of them will take measures to design online spaces,
00:53design social media platforms, design apps and other services and products
00:58that are safe from the beginning itself.
01:00Katanya literasi digital dan pembelajaran sosio-emosi turut dilihat penting
01:06bagi membantu kanak-kanak menalpasti risiko serta memahami bagaimana platform digital
01:11mempengaruhi tingkah laku mereka.
01:13Pada masa sama, saluran untuk melaporkan gangguan atau eksploitasi perlu mudah diakses
01:18supaya kanak-kanak tidak memilih untuk berdiam apabila berdepan situasi mencurigakan.
01:23Sementara itu, menurut pereka bentuk permainan dan pensyarah Universiti of Wolongong
01:28UOW Malaysia, Sophie Azlan, keadaan itu boleh dimanipulasi individu dewasa
01:34yang mempunyai niat jahat untuk mendekati dan mengeksploitasi kanak-kanak.
01:54Beliau berkata demikian ketika sesi bersama media sempena
01:58Festival Animasi dan Permainan Video Backfest 2026 di Hotel Pullman Kuching pada Rabu.
Comments

Recommended