Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Kajian Kearney mendapati majoriti pengguna TikTok di Malaysia memanfaatkan platform itu untuk pembelajaran, pembangunan diri, penghargaan budaya dan kesejahteraan, sekali gus menunjukkan peranan media sosial dalam memperkukuh komuniti digital negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekitar 80% pengguna TikTok di Malaysia menggunakan platform itu bagi tujuan pembelajaran, pembangunan diri dan kesejahteraan.
00:09Dapatan itu berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kearney melibatkan hampir seribu pengguna TikTok di negara ini.
00:15Terima kasih.
00:45Kajian turut menunjukkan 79% pengguna menggunakan TikTok untuk meneroka hobi baharu, manakala 77% menyertakan platform itu membantu menguruskan
00:56tekanan.
00:57Sementara itu, pencipta kandungan pendidikan tempatan Fatih Hussein atau dikenali sebagai Matt Sanova berkata, pembelajaran perlu boleh diakses oleh semua
01:05golongan dan tidak terhad kepada bilik darjah semata-mata.
01:09Menurutnya, kandungan yang menarik dan inklusif mampu menyemarakkan minat untuk belajar sepanjang hayat tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau geografi.
01:19Kajian itu melibatkan 1,300 rakyat Malaysia berusia 18 tahun hingga lebih 60 tahun dengan 990 daripadanya menggunakan TikTok sekurang
01:29-kurangnya sekali seminggu.
01:31Dapatan tersebut menunjukkan platform digital kini bukan sahaja menjadi ruang hiburan, malah turut berperanan dalam pembelajaran, pembangunan komuniti dan kesejahteraan
01:41pengguna.
Comments

Recommended