Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatat keuntungan bersih RM414 juta pada suku kedua 2026, dipacu permintaan kukuh dan peningkatan margin produk, sekali gus kembali mencatat prestasi positif berbanding kerugian yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Petronas Chemicals Group Berhad PCG mencatat keuntungan bersih RM414 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026.
00:09Prestasi itu menandakan pemulihan ketara berbanding kerugian bersih RM1.08 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
00:20PCG mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 13% kepada RM7.9 bilion berbanding RM6.43 bilion pada suku kedua tahun sebelumnya.
00:30Pencapaian itu disokong oleh peningkatan purata harga produk berhentasi portfolio bahan kimia, komoditi dan khusus serta sumbangan yang lebih baik
00:37daripada aktiviti perolehan dan perdagangan strategik.
00:40Syarikat turut mengumumkan dividen interim 6 sen sesaham bernilai RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.
00:50Bagi tempoh enam bulan pertama 2026, PCG merekodkan keuntungan bersih RM815 juta berbanding kerugian RM1.09 bilion dalam tempoh yang
01:00sama tahun lalu.
01:01Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG Mazwin Ismail berkata suku kedua tahun ini agak mencabar dari segi operasi susulan
01:08aktiviti penyelenggaraan berjadual berskala besar di Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih dan Logi Yuria di Bintulu.
01:15Namun beliau berkata semua aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan tanpa insiden besar melibatkan aspek kesehatan, keselamatan dan alam sekitar.
01:23Menurutnya prestasi kewangan kumpulan turut disokong oleh peningkatan marjin produk susulan konflik berpanjangan di Asia Barat yang mewujudkan peluang pasaran
01:30baru.
01:31PCG kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan operasi yang selamat dan berdaya tahan termasuk persediaan bagi kerja penyelenggaraan utama di Logi
01:38Petronas Chemicals Methanol
01:39serta peningkatan operasi di pengerang Petrochemical pada suku ketiga tahun ini.
Comments

Recommended