00:09Terima kasih kerana menonton!
00:34Terima kasih kerana menonton!
01:00Memaklumkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.
01:07Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.50 pagi sebelum menggerakkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat BBP Sadakan bersama
01:17bantuan Bot Agensi Penguasaan Maritim Malaysia ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 18km.
01:24Kebakaran berjaya dikawal pada 5.45 pagi dan tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebanyak 162 rumah berhampiran daripada terjejas.
01:36Bomba memaklumkan operasi pemadaman berdepan kesukaran.
01:40Ekoran tiupan angin kuat di kawasan pulau menyebabkan api merebak dengan pantas.
01:46Perjalanan ke lokasi kejadian melibatkan laluan darat sejauh 6km dari Balai Bomba Sandakan ke JT Maritim sebelum meneruskan perjalanan laut
01:56sejauh 12km menggunakan bot APMM.
01:59Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air terbuka daripada air laut menerusi satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan.
02:13Barang-barang kawin itu habislah angus semua.
02:16Seperti apa termasuk apa?
02:17Macam kami punya persediaan itu banyak lah macam kami sudah beli itu kan macam dia punya peralatan, piring, dia punya
02:29talam apa semua, majlis kanduri itulah.
02:32Habis ranap semua, buku, baju, sekolah, kasut, tak boleh disiap sudah.
02:39Dada lah yang kami pakai hanya inilah sejak.
02:41Ya saya mengharapkanlah sedikit sebanyak menetap ada bantuan kilat bagi budak sekolah.
02:47Saya minta bantuan lah sebab saya pun bukan orang bilang ada kerja kan, lagi saya pun bukan bekerja hanya setakat
02:53penyelayan sejak.
02:55Pendapatan pun orang bilang bukan juga macam mencecah ribu ke atas kan.
02:59Kalau boleh lah yang kita buat satu pengajarannya, setiap rumah dimestikan satu biji pemadam api.
03:09Jadi kalau kita satu biji pemadam api, kalau ada kebakaran, kalau kita ada 10 rumah, 10 biji pemadam api itu
03:16boleh membantu.
03:29Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kampung Kudaro, Sarawak kini berbaki 1 hektar.
03:36Selepas 28 hektar kawasan terbakar berjaya dikawal pasukan bomba.
03:41Operasi yang memasuki hari ke-9 itu memberi fokus membendung api daripada merebak.
03:46Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Sarawak memaklumkan operasi berkenaan dibahagikan kepada dua sektor.
03:55Iaitu di belakang stesen minyak Burak Oil serta kawasan belakang Menara Komunikasi Selkom.
04:02Teknik Total Flooding digunakan bagi mengekang api daripada terus merebak berikutan cabaran cuaca panas dan kering,
04:10tiupan angin, kekurangan sumber air serta akses jalan yang sempit.
04:14Tambahnya, jarak sumber air yang jauh daripada punca api juga mengehadkan operasi pemadaman.
04:21JBPM memaklumkan operasi pada Rabu ditangguhkan dan akan disambung semula Kamis.
04:336 kawasan mencatat indeks pencemaran udara IPU tidak sihat di Sarawak setakat jam 6 petang Rabu turun berbanding 7 lokasi
04:43pada jam 4 petang.
04:45Menurut data portal sistem pengurusan indeks pencemaran udara Malaysia, Sri Aman merekodkan IPU tertinggi iaitu 163.
04:54Ini diikuti Muka 153, Samarahan 152, Sibu 139, Bintulu 132 dan Sarike 109.
05:06Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga
05:17300 sangat tidak sihat,
05:18manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
05:28Pihak berkuasa Indonesia merampas kira-kira 2.6 tanca cair yang disyaki metafetamin selepas memintas sebuah kapal berdaftar di Tanzania
05:40di perairan wilayah Riau dan menahan 10 kru warga Myanmar.
05:44Badan Narkotika Nasional BNN Indonesia memaklumkan bahan yang disyaki itu ditemui dalam 8 tong drum berkapasiti 200 liter dan sebuah
05:56tangki air berkapasiti 1,000 liter di atas MV Ocean Portal.
06:02Kapal tersebut dipintas pasukan penguatkuasa gabungan kira-kira 6 petang waktu tempatan pada 17 Ogos di perairan Tanjung Parit, Bengkalis.
06:11Menurut agensi itu di laman sosial medianya, pemeriksaan lanjut terhadap bahan itu sedang dijalankan.
06:17Operasi membabitkan BNN Direktorat Amkastam dan eksais serta polis wilayah Kepulauan Riau itu dilancarkan hasil maklumat risikan bahawa dadah akan
06:28dibawa dari Sarawak, Malaysia ke perairan Indonesia.
06:33Kapal itu berdaftar di Tanzania dan kesemua 10 kru adalah warga Myanmar.
06:37Kesemua kru terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.
06:41Kapal itu kemudian ditunda ke pangkalan kastam dan eksais di Karimun.
06:46Pemeriksaan menggunakan anjing penghidu serta peralatan pengesan dadah menemukan cecair yang disyaki metafitamin itu.
06:54BNN memaklumkan siasatan turut mendapati identiti kapal berkenaan dipercayai telah ditukar daripada MV Rain Marker kepada MV Ocean Portal sebagai
07:04sebahagian daripada mondus operandi rangkaian penyelidupan dadah itu.
07:07Selain itu, kira-kira 1.57 juta batang rokok haram dari China yang tidak mempunyai setem eksais Indonesia turut ditemukan
07:16di dalam sebuah kontena sepanjang 40 kaki.
07:23Dawaan kononnya Kementerian Dalam Negeri KDN memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing dan 1.2 juta rakyat China tidak
07:33keluar dari Malaysia adalah tidak benar.
07:36Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail menegaskan dawaan itu telah berkali-kali dinafikan.
07:44Namun masih ada pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif berkenaan perkara itu.
07:52Menurut Saifuddin, penyebaran fitnah seperti itu bukan sekadar mencemarkan nama individu atau institusi tetapi lebih membimbangkan ia boleh menghakis kepercayaan
08:02rakyat terhadap institusi negara,
08:04mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraan awam serta menjejaskan keselamatan negara.
08:09Beliau mengingatkan semua pihak supaya menghentikan penyebaran fitnah dan tidak memperalatkan isu-isu sensitif
08:16demi kepentingan politik atau meraih perhatian menerusi media sosial.
08:20Beliau turut menyeru rakyat menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya.
08:27Tular beberapa poster kononnya KDN meluluskan kewarganegaraan secara borong yang diulang siar dalam media sosial.
08:36Kementerian Kewangan MOF diminta menjalankan kajian penuh berhubung cadangan memperkenalkan sistem percukaian hybrid
08:44yang menggabungkan cukai jualan dan perkhidmatan SST dengan cukai barang dan perkhidmatan GST.
08:51Juru cakap Kerajaan Datuk Seri Fahmi Fadil memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri An Ibrahim
08:56menyatakan perkara itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
09:02Menteri Kewangan kedua diberikan sedikit masa untuk sediakan laporan dan bawa semula ke Jemaah Menteri bagi perbincangan lanjut.
09:11Ini masih di peringkat awal dan Kementerian Kewangan diberi masa.
09:15memandangkan ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara terburu-buru
09:25dan melibatkan aspek-aspek pengajaran daripada pelaksanaan sistem GST
09:31isu-isu yang dihadapi berdasarkan sistem SST waktu ini.
09:36Jadi perkara-perkara ini akan dipertimbang oleh Kementerian Kewangan
09:40sebelum dibawa untuk dibincang dan diputuskan di Jemaah Menteri.
09:46Baik, seterusnya pendidikan percukai yang perlu diperkasa segera
09:50bagi memastikan rakyat memahami perbezaan, kebaikan serta kelemahan
09:55sistem cukai jualan dan perkhidmatan SST
09:58serta cukai barang dan perkhidmatan GST.
10:01Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslam berkata
10:05kefahaman mengenai sistem tersebut penting
10:07susulan cadangan kerajaan menggabungkan elemen SST dan GST
10:12menerusi sistem cukai hybrid.
10:16Pendidikan percukaian hendaklah dibuat secepat mungkin
10:22oleh Kementerian Kewangan dan LHDN kepada rakyat
10:27secepat mungkin agar mereka memahami sistem-sistem cukai yang berbeda ini
10:32hendaklah diajar dengan pantas sama ada melalui RTM
10:36sama ada melalui Awani, sama ada melalui media sosial
10:40apa sebenarnya SST, apa sebenarnya GST
10:45bagaimana kedua-dua sistem itu membawa kebaikan dan membaiki keburukan
10:51bagaimana sistem yang digunakan di seluruh dunia
10:55apakah manfaat yang sepatutnya diterima oleh rakyat
10:59daripada dua sistem cukai yang berbeza itu
11:03Jelasnya lagi kerajaan akan mengekalkan SST
11:07sebagai asas sistem percukaian ketika ini
11:10namun tidak menolak kemungkinan menerima beberapa ciri GST
11:14yang dilihat sesuai bagi mewujudkan sistem percukaian lebih baik
11:18Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
11:22kerajaan terbuka melaksanakan kajian terhadap keperluan
11:26menggabungkan kedua-dua sistem percukaian berkenaan
11:29bagi menambah baik sistem percukaian negara ke arah lebih progresif
11:34Baik, sekian saja untuk Awani Bonio
11:36Saya P.R Nadia, salam hormat, kita jumpa lagi
11:46Terima kasih kerana menonton!
Comments