00:00Filipina terus menjadi pasaran sumber pelancong penting bagi Malaysia dengan hampir 300,000 ketibaan direkodkan setakat Jun tahun ini.
00:10Prestasi positif itu disokong hubungan udara yang kukuh serta peningkatan minat terhadap pelancongan serantau.
00:19Turisme Malaysia dalam satu kenyataan memalumkan sebanyak 299,633 ketibaan pelawat dari Filipina direkodkan setakat Jun tahun ini.
00:29Angka itu menunjukkan peningkatan 1.13% berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:34Hubungan udara antara Malaysia dan Filipina turut kekal kukuh dengan kira-kira 59 penerbangan mingguan yang menawarkan lebih 11,600
00:43tempat duduk.
00:44Penerbangan tersebut menghubungkan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dengan beberapa bandar utama di Filipina termasuk Manila dan Cebu.
00:51Timbalan Ketua Pengarah Promosi 2 Turisme Malaysia, Lee Taihung berkata Filipina terus menunjukkan potensi besar sebagai pasaran sumber pelancong disokong
01:01hubungan budaya yang rapat dan pertumbuhan permintaan perjalanan serantau.
01:05Beliau berkata misi jualan ke Filipina 2026 yang berlangsung di Manila, Davao dan Cebu bertujuan mengukuhkan hubungan dengan pemain industri
01:13pelancongan negara itu serta memperkenalkan produk pelancongan Malaysia.
01:17Misi berkenaan menghimpunkan 21 pemain industri pelancongan Malaysia dan 340 pembeli dari Filipina melalui sesi perniagaan ke perniagaan, jaringan dan
01:27padanan perniagaan.
Comments